ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Friday, May 18, 2012

Pengantin Malang



Assalamualaikumm semua sahabat :)


Kali ni aku nak kongsikan sikit kisah yang aku dapat daripada email aku baru-baru ni. Huhu. Macam kesian pun ada, macam pelik pun ada jugak. So, korang boleh la baca dan renungkan bersama :)



Pada kali ini, saya ingin berkongsi satu berita yang agak kelakar dan sedih,berita ini telah dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia pada 18 Disember 2005 yang lalu.==========================================DITUDUH GUNA WANG PALSU BAYAR MAS KAHWIN Oleh Yulpisman Asli 
KOTA BHARU 18 Dis. - Seorang mekanik dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menggunakan wang palsu sebanyak RM8,000 sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxi xxxxxx , 23, pada 11 Disember lalu. Tertuduh, Mohd. Axxx xxxxx, 37, berasal dari Taman Kinrara, Puchong, Selangor didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira pukul 4 petang. ...Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menggunakan wang palsu RM8,000 iaitu not RM100 sebanyak 80 keping sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxx. Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. Tertuduh ditangkap pada malam 11 Disember lalu setelah pihak keluarga pengantin perempuan membuat laporan polis. Mengikut laporan, penipuan itu disedari oleh bapa saudara pengantin perempuan ketika mengira wang hantaran selepas majlis akad nikah oleh imam Masjid Kubang Batang pada hari sama. Kejadian itu menyebabkan keluarga wanita berkenaan terkejut apabila mendapati semua wang kertas RM100 itu yang dimasukkan dalam sebuah album gambar hanya mempunyai cetakan bahagian hadapan, sementara belakangnya kertas putih. Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat manakala imam masjid yang menikahkan pasangan berkenaan menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk mendapatkan pengesahan kedudukan perkahwinan tersebut. Imam berkenaan kemudian dimaklumkan pernikahan pasangan itu adalah sah mengikut hukum syarak. Bagaimanapun, pengantin lelaki dianggap berhutang dengan pengantin perempuan.=======================================Setelah saya membaca berita ini saya menjadi agak bingung... saya tidak tahu sama ada hendak ketawa, menangis, tersenyum atau bersedih. Saya hanya mampu termenung panjang...Apa yang sebenarnya berlaku?..Mengapa si bakal suami berbuat begitu? Tiada duit ke? Mengapa tidak berbincang sebelum perkahwinan? Adakah ia sudah berbincang tetapi tidak mendapat persetujuan keluarga bakal mertua? Bagaimana pula perasaan si isteri? Baru sahaja nikah tetapi si suami mungkin akan dipenjarakan? Apa pula perasaan kedua-dua buah keluarga? Malu? Marah? Kecewa?Terlalu banyak tanda tanya di kepala saya... adakah semua ini berpunca daripada duit? 



Kesimpulannya, kenalah ada perbincangan dulu daripada kedua belah pihak kan. Bukan antara lelaki dan perempuan tu saja tapi ahli keluarga sekali so then, takdalah jadi masalah macam ni. Nak kawen pun macam susah sangat sebab diri sendiri yang menyusahkan. Renungkan ye kawan-kawan :)



Till then jumpa lagi next entri !


Like dan komen lah kalau suka :)

3 orang dah komen. Awak taknak ? :):

DySha.Pink◕‿◕✿ said...

ish2 mcm2.. kalo xda duit bncg ngan bakal isteri.. insyallah akan tlong sb susah sama2 senang pun sama2 la.. apa da~~ pndek akal tol laki 2

Cik Bhulat said...

xpkir panjang la ni

anamizu kaito said...

haiyo~ kenape la smpai nk gune wang palsu kan?? kalo dah nak nikah tu pilihan sendiri, slow talk la bebaik...hemmm






luv,
cik ana