Rindu itu indah.


Assalamualaikum,

Ada macam lady bos tak? 

Rindunya. Rindu sangat dekat kawan-kawan kat Puchong. Budak rumah dengan budak ofis. Hehe. Kalau dekat ofis, rindu nak lepak-lepak kat ofis. Borak-borak. Gosip-gosip. Makan-makan depan PC. Makan maggi cup. Buat air milo cicah biskut. Tengok website Abang Nara sambil makan buah beli kat kedai bawah. Kadang-kadang sambil minum Chatime. Eh, ni tempat keja ke tempat makan? -.-''

Ye. Kat ofis pun jadi.

Kalau dekat rumah pulak. Rindu nak masak-masak ikut giliran. Rindu nak tengok tv ramai-ramai. Nak pergi pasar malam setiap Khamis. Rindu nak makan masakan budak rumah. Rindu nak beli beger kat kedai abang bawah. Beli popcorn akak depan rumah RM 1 pastu siap bawak pegi tengok wayang lagi sebab popcorn dia memang the best dah la banyak pulak tu. Rindu nak makan kentang putar yang cucuk kat lidi tu. Tu pon murah jugak. Kat area rumah ni memang makanan murah-murah. Sila gemokkan diri dengan makanan yang murah lagi sedap ye.

  

Lagi, aku rindu nak borak-borak dengan Lina. Rindu nak main Word Search dengan Nora walaupun dia selalu kalah tapi dia tak penah give up. Lina pulak suka berborak so memang takkan bosan duduk kat rumah tu. Ema suka bawak aku pegi jalan-jalan. Kitorang selalu makan sama-sama kat rumah. Dia masak sedap.

Rindu tu memang indah. Sebab rindu buat aku teringat semua kenangan. Tak kisah la kenangan manis atau pahit tapi aku rindu semuanya. Aku dah la jenis sensitif. Pantang teringat sikit mesti nak meleleh je air kat dalam mata ni. Ape pun tak bleh -.-''

Tapi nanti bila dah duduk jauh dengan family nanti lagi lah. Rindu dekat family pulak. Kalau dengan yang tersayang memang dah jauh dah pun -.- Beliau dekat Melaka. Kalau balik rumah family pulak kat Kulai sana nun. So, biasa dah. Ehemm. 

Tapi baru-baru ni yang tersayang datang KL sebab nak jumpa. Sempatlah jalan-jalan satu KL sampai nak pecah kaki ni -.-'' Huhu. Jalan punya jalan sampai ke Teluk Intan kauu~ Sebab dia tak pernah pegi kan. Kitorang pun pegi lah. Tapi pegi pun masa tu dah malam dah.  Dapat tengok Menara Condong warna warni. Yang penting both of us happy sangat sebab dapat jumpa each other :) Jarak bukan penghalang cinta kami. Hehe.


Semenjak dua tiga menjak ni, ramai blogger yang dah bertunang, kahwen, dan dapat baby. Jelesnyaaa. Hihi. Insyaallah. Jodoh ditangan Allah SWT. Semoga dialah orangnya. Amin.


"People who are meant to be together will always find their way back to each other. They might take detours in life, but they’re never lost."


Comments

bes la dia dpt jmpa ehem2... hehe.. semoga cepat2 disatukan.. amin..
Anonymous said…
uwaahh nampak buku word search sama pulak hihi
ehem2 orang lain dah, kamu bila lagi eceh :P

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces