Diari Isnin.


Isnin                                                                      26 Ogos 2012



Siapa taknak berubah kan? Tapi perubahan yang baiklah. Berubah jadi lebih baik, lebih matang. Bagus untuk diri sendiri jugak. Bagi aku pulak, perubahan tu adalah dari segi taraf hidup aku. Bila lagi nak ada kereta sendiri, rumah sendiri, suami sendiri, opps? Buat lawak pulak~ Okay serius balik. Kadang-kadang perasaan tu membuak-buak weh. Tengok kawan tu ada kereta tu, tengok kawan ni dah beli rumah tu. Masing-masing dah ada aset sendiri. Alhamdulillah, aku happy jugak tengok dorang dah berjaya macam tu. Ni yang buat makin rajin kerja ni. *yeke? hoho~

Lepastu, bab kawen tunang takpayah cerita la kan. Bersepah kawan-kawan yang dah kawen, tunang ada anak semua. Insyaallah satu hari nanti giliran aku pulak. Doakan ye? Dan yang paling aku nak cerita sebenarnya, pasal belog. Dalam aku jarang update belog, sebenarnya ramai yang masih sudi baca kisah dan coretan aku. Walaupun 2 3 bulan sekali aku update, masih ada yang jenguk. Ya Allah, rasa macam terharu sangat. Tapi sedih dengan diri sendiri sebab tak appreciate orang sekeliling yang suka, yang minat baca coretan kita even coretan tu tah hape hape.

Yelah, terkadang dalam hati ada jugak bercakap, 'Kita bukan blogger femes, kita bukan blogger cantik, kita tulis ke tak tulis ke entah ada yang baca ke tidak tah'. Rasa bersalah sangat sebab hati cakap macam tu. Padahal, ada je yang baca belog ni. Tapi sekali lagi, kita tak hargai. Kita pikir kolot. Maaf semua.

Kita jujur. Siapa taknak belog dia takda pengunjung kan? Kita nak. Sebab utama kita buat belog adalah untuk berkongsi separuh daripada kisah hidup dengan pembaca maya. Tapi kisah kita biasa saja. Kita takda nak cerita pasal pegi photoshoot majalah tu atau pegi shooting rancangan tv ni. Kita cerita pasal kehidupan kita yang sama je setiap hari. Sebab kita gadis biasa.

Kita selalu terpikir, ada ke orang baca belog ni ek? Mesti dorang bosan je bila bukak belog ni. Tapi satu yang kita setuju adalah, SEMUANYA BERMULA DARI BAWAH. Sebab kita pernah terbukak satu belog ni sebab apetah tak ingat. Kita godek godek belog dia, masa tu belog dia biasa biasa je. Followers tak seramai sekarang. Tapi kita suka tengok belog dia sebab belog dia cakap pasal fesyen. Dan sekarang, nah, belog dia antara yang terfemes dalam dunia belog. Kalau korang kenal siapa 'dia', yeah, I do adore her ;)

Dan sekarang, kita bangga jugak dengan belog kita. Sebab dulu kita cuma ada followers tak sampai 10 orang. Nak update pon macam alahai. Tapi sekarang, kita syukur sangat sebab kita yakin ada yang baca belog kita. Ya, awak yang tengah baca ni. Terima kasih sangat tau sebab sokong Belog Cik Zety. Tanpa tulang belakang belog ni, belog ni lumpuh. Dan, walaupun kita tau, dah berbuih mulut kita cakap, kita akan cuba selalu update, kita nak cakap jugak lagi. Kita akan cuba sedaya upaya memenuhi harapan korang untuk tengok kita selalu mengarang :) Terima kasih kawan.

 

Yang benar,

Cik Zety




Comments

jangan berhenti blogging... always support you
Amna Shark said…
ya, setiap blog ada keunikan tersendiri yg membuatkan ada pembaca. Termasuklah blog Cik Zety, jgn risau~~~ :)

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces