ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Thursday, January 26, 2012

GIVE THANKS TO ALLAH :)


Salam everybody.


Looks like dah lamaaa gile kot aku tak online dah tak sentuh baby blog ni. Sorry fellas. BANYAKKKK sangat benda yang jadik dalam bulan Januari ni. Well, kalau aku nak story pun korang nak baca ke? Huhuu -.-''

Okay, boleh lah aku stori sikit dekat korang. Aku tahuu korang rindu aku *puii* Sila muntah hijau. Haha, okay okay, aku serius. Kalau korang semua ada baca paper, atau tengok berita korang mesti tahu pasal kemalangan yang membabitkan 4 nyawa dekat Terengganu a few weeks ago. Kemalangan yang membabitkan 3 kereta. Kereta terbabas dan melambung. 4 meninggal ditempat kejadian. One of them adalah my cousin...

He is one of my lovely cousin. Dan kami sekeluarga cukup merasa kehilangannya. Sedih, terkejut, sebak bila dapat berita pasal kemalangan tu. Dan yang lebih memilukan, bukan keluarga kami je yang tahu tapi satu Malaysia tahu. Setiap akhbar ada menyiarkan pasal kemalangan tu. 

Arwah memang seorang sepupu yang sangat baik. Suka bergurau, suka mengusik dan suka buat orang tertawa. Last moment with him kitorang tengok wayang sama-sama dengan semuaaa sepupu yang belum kahwin. Dan dia kacak orangnya. 

Kalau korang ada terbaca, dia baru je dinaikkan pangkat tapi tak sempat nak berkongsi berita gembira tu dengan keluarga. Sedih sangat bila diingatkan sebab dia memang beriya-iya sangat nak naik pangkat. Tapi tak dapat merasa...


Al-Fatihah buat arwah Faris Bin Shaimi.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Dalam kesedihan ada juga sinar keceriaan. Alhamdulillah, aku dah dapat kerja yang sesuai dengan kelayakan aku dan aku harap aku dapat tetap dengan kerja ni. Syukur. Sesiapa yang duduk Puchong boleh la roger-roger :P


Itu je update untuk kali ni. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi nanti :)







Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, January 18, 2012

# Wordless Wednesday 20


Untuk #RABU KEDU


#Speechless -.-





Like dan komen lah kalau suka :)

Monday, January 16, 2012

Ciri-ciri lelaki yang boleh dijadikan suami


Assalamualaikum semuaaa~


Siapa taknak kawen angkat kaki? Hihi, apahal lak aku tetiba cakap pasal kawen je ek kebelakangan ni. Tapi cakap pasal kawen tak bermaksud aku nak kawen dah ataupun terdesak nak kawen. Masih banyak lagi benda yang perlu aku capai dalam hidup ni. Cewahh~

Okay, back to the point. Harini nak cakap pasal CIRI-CIRI LELAKI YANG BOLEH DIJADIKAN SUAMI. Korang nak tau tak? Kalau taknak tauu pun takpe tapi kalau boleh amek la tauuu :P

Kat bawah ni aku senaraikan ciri-ciri yang berdasarkan pendapat aku sahaja. Kalau ada silap atau tak betul kat mana-mana aku mintak maaf sebab macam yang aku cakap tadi. Semuaaa ni just based on my opinion. Jom cekidautt~


1. Berpendirian tetap
Penting bagi lelaki untuk berpendirian tetap. Maksudnya, hanya dia yang mengemudi keluarganya. Bukan orang lain, orang luar mahupun keluarganya sendiri. Berpendirian tetap jugak memberi maksud tetap dengan pendirian iman dalam menjadi ketua keluarga. Tak mudah terpesong dengan benda-benda yang memudaratkan.

2. Bertanggungjawab
Of coz laaa kena cari laki yang bertanggungjawab untuk dijadikan suami kan. Takkan nak kawen dengan laki yang tak ada rasa tanggungjawab. Then nanti siapa yang nak cari nafkah, siapa yang nak jaga family dan be the leader to the family? So, bertanggungjawab tu memang penting dalam diri seorang lelaki.

3. Penyabar
Lelaki yang kuat sabar ni bagus dan boleh jadi contoh untuk bakal anak-anak nanti. Lelaki penyabar ni jugak boleh jadi air untuk disimbah kat api kalau api tengah marak. Paham tak? Kalau tak paham sila paham jugak :P Tapi setiap orang ada tahap kesabaran masing-masing kan? Just dont over the limit sudah laa.

4. Penyayang
Siapa tak suka lelaki yang penyayang sila lempang diri anda sendiri. Kalau aku pun, mesti aku nak cari lelaki yang penyayang, yang akan menyayangi diri ini seadanya. Cewahh~ Hahaha. Dan lagi lelaki penyayang ni dah tentu akan sayangkan keluarga yang dibinanya. Akan berusaha yang terbaik untuk family. Paling sukaaa tengok lelaki yang menguruskan wife dia masa tengah pantang lepas bersalin :)

5. Pelindung
Bersifat pelindung. Boleh melindungi kita dalam sebarang bahaya dan kesusahan. Lelaki bersifat pelindung ni kadang-kadang akan nampak sangat macho bila dorang tengah protect kita. Sebagai contoh macam baru-baru ni suami Wardina melindungi diri dan maruah Wardina. It just sangattt WOW. Im speechless...


Love cannot only be found in the good times, 
but also when are able to stay strong after a storm.


Semoga kita mendapat yang terbaik dalam hidup kita. Kalau mencari isteri atau suami yang baik, kahwinilah sesorang yang menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapanya. 

Terima kasih sudi baca :)



Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, January 13, 2012

Kenangan mengusik jiwa~


Assalamualaikum kawan-kawan :)


Haa, apa khabar semuaaa insan di dunia ini :) Hawawyuu? Hehe, hari ni mood agak rajin dan suci murni so nak bebel-bebel sikit kat belog. Lately, banyak jugak kawan-kawan samada di alam maya ataupun alam realiti yang dah melanjutkan diri ke fasa pertunangan. 

Antara blogger yang aku ikuti perkembangan mereka secara silent adalah Nurul Badiah Lai, Eyka Meow, dan blablabla~ *Cakap macam banyak sangat -.-* Tak lupa jugak kawan-kawan yang aku kenal dari sekolah sampai lah sekarang. Masing-masing dah besar. Macam speechless je bila jumpa kawan-kawan yang dah bertunang/kahwin ni. 

Tiba-tiba rasa macam nak ketawa tersipu-sipu sebab "Eh, kau dah nak kahwin? Bukan dulu kita beratur sama-sama nak beli nasi lemak kat kantin sekolah ke?" Wahahaha, so kesimpulannya, aku masih tak percaya yang I AM TWENTY TWO yaww~

Yang paling sedih sebab masing-masing dah ada life sendiri. Dah tak boleh nak berjimba macam dulu. Sekarang pun dah masuk alam pekerjaan pun dah susah nak dating ramai-ramai macam dulu T.T Aku rindukan zaman remaja ku~

# Eh, aku dengan kawan-kawan tak pernah dating
 ramai-ramai macam ni okay~

Rinduuu sangat-sangat time kecik-kecik masa sekolah rendah main dekat taman permainan sampai dah pukul 7 baru gheti nak balik rumah =.= Rinduuu nak jalan-jalan pegi pekan time sekolah rendah (dulu mak tak bagi jalan jauh-jauh) So dapat pegi pekan tu macam satu kebebasan laaa sikit-sikit~

Rinduuu nak mekap-mekap, makeover tah hape jadah tah pastu cam-whoringgg~ :P Main masak-masak ape sume dengan budak rumah T.T Semuaa tu sangat-sangat best dan memang akan jadi kenangan sepanjang zaman. Agak-agak kalau dah kawen nanti boleh tak main mekap-mekap, makeover sume tu? :O


RINDUUU WOOO :'(


Okay. Hati rasa sebak. Demm, dah-dah malas aku nak ingat sangat nanti aku nangis sorang-sorang dalam bilik macam tak cool pulak en =.=''


*Siapa nak dodol, jum like page ini --> Belog Cik Zety


                                             *  *  *  *  *


Nak join Nuffnang untuk tambah duit poket? Klik SINI. Jangan lupa klik SINI jugak :)

Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, January 12, 2012

Umur penting ke dalam perhubungan?


Assalamualaikum~


Huwaaa sambil taip sambil lempang-lempang diri sendiri -.-'' Hampeh punya orang cakap azam taun baru nak update satu hari satu entri tapi puii~ Cakap berapi je kan. *Sila lempang aku lembut-lembut*

# dush dush lapanbelas kali -.-

Okay, kalini aku nk up topik hangat sikit. Bukan hangat-hangat tahi ayam okay~ Tajuknya berkaitan umur. Tentang perbezaan umur antara pasangan. Adakah ini satu perkara normal atau biasa atau adat kita? Persoalannya? Orang-orang tua dulu-dulu cakap, kalau perempuan atau anak gadis nak cari pasangan biarlah yang tua 5 - 6 tahun daripada umur si gadis tu. Kalau cari yang sebaya atau muda daripada perempuan, KURANG MATANG katanya.

Ini bukan aku yang cakap okay. Totally not me sebab akak-akak kat tempat keja dulu pun penah cakap cenggini. Betul ke idok? Tapi, apa yang aku perhatikan sekarang dah takda dah pikir-pikir umur. Agak-agak si lelaki tengah mengorat tu takdanya si pompuan tu tanya, ni umur bape ni~ Kan? 

Sebab umur ni bukan point kebahagiaan seseorang tu. Kalau dah jodoh dengan pakcik umur 55 nak buat camno~ Kalau dah jodoh dengan adik umur 12 taun nak wat camno~ Tapi kalau korang, korang cari pasangan yang macam mana? Yang muda kah? Yang tua kah? Yang sebaya kah ? Semua terpulang pada taste masing-masing dan juga pada jodoh yang dah ditentukan.

# Ramai yang obses dengan ustaz ni kan sekarang? :P

Jadi, kesimpulannya, tak kisah la perbezaan umur antara pasangan ni yang penting bahagia :) Ada jee yang kawen beza 20 tahun tapi hidup bahagia sampai sekarang. Apa yang penting? KERJASAMA *tibetibe*


Terima kasih sudi baca, lain kali datang lah lagi :P



Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, January 10, 2012

FAILED :P






Hehehehehehe :P



Like dan komen lah kalau suka :)

Tutorial Lukis Eyeliner II



Assalamualaikum :)




Dalam entri lepas, aku dah bagitau cara-cara atau basic macam mana nak lukis eyeliner kepada mereka yang baru nak cuba pakai. Okay kalini, aku just nak tunjukkan jenis-jenis eyeliner yang biasa aku lukis.



Okay macam yang kat atas ni, aku saja try lukis eyeliner gunakan eyeshadow colour black. Hehe, memang tak berapa nak pekat sangat tapi kalau pandai guna letak banyak sikit, maybe boleh bagi effect smokey. Aku tak berapa pandai sangat. Still nak belajar lagi :)


Yang ni pulak, eyeliner yang ada double-wing. Bila tengok balik dah macam ekor ikan pulak -.-''


And lastly, eyeliner jenis macam ni. Aku taktahuu nak panggil eyeliner jenis apa ni tapi eyeliner jenis macam ni tebal sikit dan nampak lebih galak.


Garisan yang lebih tebal


Garisan yang nipis


So, it will looks like this :)


Bagi aku, aku lebih selesa gunakan liquid eyeliner kalau nak pakai untuk jangka masa yang panjang atau nak lebih tahan lama. Tapi kalau untuk kegunaan harian, nak keluar tempat yang dekat-dekat je, aku prefer guna pensil je. Pun boleh nampak kemas juga. 

Ada jugak yang cakap, teringin nak pakai eyeliner tapi takut susah nak tanggalkan untuk solat atau nak bersihkan. Aku cuma gunakan minyak zaitun, takpun, baby oil macam Johnson tuu. Memang mudah dan boleh bawak kemana-mana je. So kalau korang nak solat, just sapu dengan minyak zaitun dan cuci dengan air. Then, boleh apply semula :)

Apa-apa pun, pucuk pangkalnya hati kan? So, terima kasih sudi baca. Entri akan datang, nak kongsi pasal perbezaan umur antara pasangan. Nak tahu? Nantikan :)


Buibuii~











Like dan komen lah kalau suka :)

Saturday, January 7, 2012

Tutorial Lukis Eyeliner



Assalamualaikum semua :)




Haritu ada kawan tanya cara nak pakai eyeliner yang betul. So, kalini aku tolong ajarkan tapi tak tahu lah betoi ke idokk :P Sebab banyak tutorial yang aku tengok, mostly pakai ikut keselesaan. Tapi basic dia memang macam ni.





Apsal kulit aku berkedut-kedut ni? Okay fine, asyik tido lewat camna tak kedut kan -.-'' Ok, proceed, macam dalam gambar kat atas ni. Korang boleh applykan liquid eyeliner atau pencil eyeliner ataupun gel. Ikut keselesaan dan kemampuan okay. Macam kat atas ni, aku gunakan pensil je, tapi guna liquid lagi best rasanya sebab smooth je dia boleh pegi. Dan lebih tahan lama sikit. 

Korang start daripada tengah, A dan garis ke bahagian dalam kelopak mata, B. Then, finishkan dari A ke C pulak. Lain orang, lain caranya, ada yang aku tengok pakai dari hujung mata ke dalam, ada pulak yang pakai dari dalam ke luar, so mana-mana pun boleh as long as tak comot :)

Tapi bagi korang yang baru nak try pakai boleh try cara macam ni dulu. Tapi tulah, ada jugak yang cakap, tangan gigil, susah nak dapatkan line yang smooth tu kena SELALU praktis. Lama-lama nanti mesti okay. Samada line tebal atau nipis itu jugak terpulang dekat korang. Takkan kalau pergi kelas nak pakai tebal-tebal kan~


Hasilnya~ Taraaa. Biasa je. Yang ni aku gunakan pensil dengan warna brown. Nampak soft sikit dan boleh pakai untuk kegunaan harian. Dalam gambar pertama tu aku ada tulis pasal waterline. Okay, mostly orang yang selalu gariskan waterline ni sebab nak bagi mata tu nampak besar sikit. Ada yang garis separuh je dan ada jugak yang garis full sampai dalam. Yang tu pon ikut kesesuaian mata jugak sebab biasanya mata sepet tak sesuai sikit nak buat garis dekat waterline tu tapi ada cara lain untuk nampak kan mata besar.

Okay guys, itu je harini. Kalau ada tutorial make up yang lain nanti, aku akan bagitau yeee. Keep following my update dekat SINI !



Thanks sudi baca :) Jumpa lagi nanti~






Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, January 5, 2012

Si kecik berbakat ~




Assalamualaikum semua :)


Harini aku nak share story pasal my lil sister yang sangat becok dan keletah ni sampai naik letih melayannya~ Tahun ni dia akan masuk umur 6 taun since dia lahir bulan 12 lambat sikit laa nak declare 6 taun tu kan tapi kira 6 taun laa. Apa aku merepek pun tah, layan jela~ hehe

Sukaaa betul dia dah masuk Pra-Sekolah sekarang, before this umur 5 taun, mama masukkan dia kat Tadika Kemas je but now dah upgrade sikit masuk Pra-Sekolah then taun depan 7 taun baru naik Darjah 1 :) 


Si kecik ni memang macam-macam. Nak lukis itu lah, nak mekap lah, nak menari lah. Layankan aje. Sebab dialah penyeri dalam keluarga kitorang and aku sayang dia ketad-ketad *tangan dibahu mata ke atas* :P


Tengok lah dia lukis gambar aku katenya. Dia siap cakap, 'Kakak, Uyin lukis gambar kakak'. Pastu tersengih-sengih. Mama cakap tu kakak ke hantu galah? -.-'' Budak budak kecik memang suka lukis tangan tajam-tajam bentuk bintang camtu ek? Apsal jari aku ada banyak eh? Ish ish. . . . 


Haa, ni pulak die lukis diri sendiri la konon. Siap ada rambut bajet ikat pony-tail. Cehh, muka siap buat muka senyum. Muka aku dah macam orang terkejut pon ada. Takpelah, budak-budak hehe. Kelakar je tengok -.-''

Sekarang ni tengah eksaited dengan kawan baru dan cikgu baru. Tadi balik sekolah tah bawak ape tah balik. Bentuk sebijik macam kuih keria tapi warna HIJAU, pastu die cakap kalau nak makan kena jemur dulu kat luar, cikgu yang suruh. Terdiam aku, nasib baik tak makan, tah tanah liat ke apa tah cikgu dia bagi. Huahua~

video



Hamek kau dia bergelek dengar lagu dangdut. Ini baru sikit. Memang rumah ni sunyi kalau dia tido. Tak sabar pulak nak tunggu dia Darjah 1. Ada macam aku dulu tak? :P



Terima kasih sudi baca :)

Like dan komen lah kalau suka :)

Sunday, January 1, 2012

Siapa nak kulit cantik angkat muka :P


Hi peeps :)

Okay entri kali ni aku nak kongsi dengan korang semua produk penjagaan wajah yang aku gunakan. Well, sebelum ni aku pernah cakap memang aku pengguna setia SAFI Gamat and yes, aku masih lagi menggunakan produk best ni :)

Dalam entri sebelum ini, korang boleh tengok kulit muka aku memang berjerawat dan since aku guna Safi ni memang aku alami perubahan yang positif. Yup, memang ada yang cakap, kulit orang semua tak sama, ada yang pakai tapi takda kesan pun dan ada yang jadi makin teruk. Tapi kita perlu mencuba kalau nak tahu kulit kita sesuai dengan sesuatu produk tu atau tak. Kalau nak senang korang pergi je dekat booth kecantikan yang boleh scan kulit korang atau promoter dia yang memang pakar bab-bab kulit ni :) Tanyaaa je hikhik~

Antara produk yang aku pernah pakai sebelum ni, Clean&Clear, Neutrogena, Nivea, Fair&Lovely dan banyak lagi lah tapi Safi jugak yang sangkut. 

Tapi sekarang ni aku tengah try satu produk baru dan aku jugak dalam perancangan nak jual produk ni :) Kalau nak jual dekat orang kenalah cuba sendiri dulu kan?


Here it is~ Satu set produk Biokos. Sekarang ni kalau boleh aku nak try produk yang satu set. Taknak beli seketul seketul dah :P Kat botol tu pon tulis untuk 20s means untuk pengguna yang berumur 20an sahaja. Ingat tu, yang belum cukup tak boleh pakai~ 

Aku dah pakai satu set produk ni dalam 2 minggu. Dan sejak aku pakai produk ni, mama, kawan-kawan semua tegur muka aku nampak macam licin gitteww~ Siapa tak suka kalau orang puji perubahan positif kan? :D


Iklan jap~ Ni pulak produk penjagaan rambut. Yup, memang produk ni tak berapa terkenal tapi dia punya benefit memang wow~ Sangat best. Satu set ni termasuk, syampoo, conditioner dengan tonic lebih khusus kepada rambut nipis. Maksudnya, kalau korang yang alami rambut jarang ke, nipis ke kebotakan ke, rambut gugur ke boleh laa try produk ni. Tak rugi pon kalau cuba kan :)


Sambung balik, hehe. Haaa, apa bersepah-sepah ni -.-'' Okay ni semua adalah barang mekap yang aku gunakan. Ce tengok takda pon barang branded-branded sumenya yang biasa-biasa aje tapi best! Dan sekarang aku teringin nak beli eyeshadow pallette yang selalu diperkatakan sekarang iaitu, Miss Rose. Aku akan dapatkan jugak~ ngee :P


Aku tadi bukan cakap pasal pencuci muka ke? Asal tetiba ada gambar lens pulak ni? Hahahha, layan jelah. Orang rabun macam aku ni kalau takda lens, tak sah, dan aku amat meminati lens dari Blincon :) Biasanya warna yang aku beli, kalau tak brown ke hazel ke, mesti grey. Tu jelaaa~ Bosan dah -.-''

Finally, kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba satu set produk Biokos tu boleh je kontek aku. Dan produk tu bukan terhad untuk 20an sahaja, untuk 30an dan 40an pun ada. Kalau nak tahu lebih lanjut just email me : zetty_ninety@yahoo.com takpun tanya dekat Facebook page pun takpe.

Hasil pemakaian produk Biokos selama 2 minggu :)


Wajah tanpa mekap, dan tanpa edit~
(jerawat dah makin kurang dan kulit nampak smooth)



Terima kasih sudi baca :) dan tahniah kepada pemenang doodle percuma di Facebook page.



Like dan komen lah kalau suka :)