ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Saturday, April 28, 2012

Syukur kepada Allah :)



Assalamualaikum semua :)








Alhamdulillah. Itulah ayat pertama yang mampu terluah oleh aku. Sangat tak sangka. Unexpected. Syukur YA ALLAH ! Sesungguhnya semua rezeki itu hanya daripadaNYA. Hanya kepadanya kita memohon segalanya :)


Sebelum ni kalau ada sesiapa yang perasan aku ada cerita pasal pegi intebiu untuk keja kerajaan. Alhamdulillah, ya aku dah berjaya untuk ditawarkan sebagai pekerja dalam perkhidmatan awam :) Thank you Allah. Thank you mama dan babah. Thank you semua.


Walaupun bukan jawatan tinggi dan ganjaran yang besar tetapi aku tetap bersyukur, sebab bukan mudah untuk menempatkan diri dalam kalangan pekerja sektor kerajaan. Dan keputusan yang dibuat juga bukan mudah sebab aku sedang bekerja dalam bidang yang aku pelajari selama ini, Rekabentuk Grafik.


Hampir 3 bulan bekerja dan tinggal untuk mendapat confirmation jee, aku mendapat berita gembira ini. Berbelah bagi jugak nak buat keputusan sebab aku dah selesa dengan keadaan dan situasi sekarang cuma ironinya sampai bila?? Sampai bila aku nak duduk dalam keadaan selesa je? Sampai bila nak duduk dalam kotak yang sama? Jadi aku perlu perubahan :)


Selepas berfikir, tolak tambah semua perkara, YE. Aku terima tawaran ini dengan hati terbuka. Lebih lagi bila keluarga menyokong aku. Demi masa depan aku, apa salahnya. Seronok tak seronok belakang cerita yang penting kenalah cuba dulu kan?


Lepasni, merantau la pegi tempat orang pulak. Harap-harap aku boleh sesuaikan diri T.T Yang tersayang pulak, ikutkan aje apa yang terbaik untuk aku. Kesimpulannya, terima kasih atas rezeki ini dan semoga aku mampu menghadapi segala cabaran yang bakal mendatang ^^




Tapi kenapa ayat aku macam ayat karangan time Form 5 ni? -.-'' Tak kisahla sebab aku pon dah lama tak menaip untuk belog ni. Kesian belog, ada tuan tapi macam takda. Wuuuu~




Terima kasih sudi baca :D




*Takziah kepada housemate tersayang yang kehilangan bondanya yang telah kembali ke rahmatullah semalam. Al-fatihah.






Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, April 18, 2012

Hari Konvokesyen 2012


Salam semuaaa!

Seperti yang pernah diberitahu dalam entri sebelum ini, aku ada urusan di Johor and guess what? AKU DAH KONVO! hihi :)

Alkisahnya, pada 17 April 2012 yang lepas, aku dah pun selamat naik ke pentas siap berjubah sumee amek sijil diploma aku. Sabtu tu aku dah gerak dah sebab Isnin tu raptai untuk konvo. Sempat jugaklah jumpa yang tersayang huhu :P

Akhirnya selama 3 tahun aku belajar kat Politeknik Premier Johor Bahru yang kini dah jadi Politeknik Premier Ibrahim Sultan, aku dah pon menamatkan pengajian dengan jayanya :) Terima kasih kepada semuaaa yang dah banyak membantu, bersama-sama susah senang sepanjang 3 tahun kat sana. Pengalaman pahit manis semuaa tu takkan mampu dibeli dengan wang ringgit. 

Bila tengok montaj masa kat dalam dewan aritu rasa macam sedih je sebab teringat balik memori-memori masa mula-mula masuk poli dulu. Masa time Majlis Suai Kenal semuaa. Time kat asrama, time kat kelas. Lepastu duduk rumah sewa pulak. Semuaaa tu kenangan yang sangat indah. Aku takkan pernah lupakan :)

Selepas setahun tunggu untuk konvokesyen ni, dapat jumpa balik dengan kawan-kawan lama rasa happy sangat. Ada yang dah gemuk, ada yang dah kurus, ada yang makin cantik, ada yang dah nak bertunang lah, kawen lah. Macam-macam tapi semua tu adalah lumrah kehidupan kan?

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, kita kena ingat tu. Apepun yang paling penting, aku memang bersyukur sangat dan nak ucapkan terima kasih sangat kat keluarga tersayang yang paling banyak sumbangannya dalam hidup aku ni. Yang tak pernah bosan, yang sentiasa berada kat sisi aku. Sokong aku. Tanpa mereka, aku takkan berada kat tempat yang aku ada sekarang. Hanya family yang akan sentiasa dekat dengan kita. 

Dan yang pasti, tanpa keizinan Yang Maha Esa, aku pasti takkan dapat berada kat dewan dan naik pentas tu semalam :) Alhamdulillah aku masih bernafas untuk melihat semua ni dan merasai semuaa ini. Terima kasih Allah SWT.

Kepada semua yang menyambut Hari Konvokesyen di Politeknik Premier Ibrahim Sultan kelmarin, semalam, hari ini dan esok, TAHNIAH!


*Terima kasih kepada mama, abah, dan yang tersayang for the flowers :)

Jom tengok gambar :)


Family yang hadir memberikan sokongan :)

Kesayangan saya yang paling hebat!

Selamat tinggal Politeknik Ibrahim Sultan :)

Terima kasih sayang :)


Kawan yang paling ngok ngek tapi the best hehe :)

Junior sempoi :)

Si kecik pon nak jugak -.-

I love them :)

My lovely HERO <3

Teman seperjuangan :)

Paling suka pic ni >.<


Terima kasih sudi baca :)




Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, April 13, 2012

Battleship 2012



Battleship 2D


 
Pehal May plak? Aku dah tengok semalam laaa -.-

Hi & Assalamualaikum !

Semalam sempatlah merilekskan minda pegi tengok wayang dengan my brotha kat IOI Mall. Macam biasalah lelaki memang suka tengok cerita-cerita genre macam ni kan so terpaksalah follow je. Nasib baik best :)

Mula mula plan nak tengok hari Rabu tu but public holiday so paham-paham jela tiket semuaaaa dah sold out. Then beli untuk Khamis punya which is semalam lah kan. Semalam pun memang sangat ramai manusia-manusia yang berniat untuk liburkan diri, macam guwe :P

Tiket jam 9.45pm, memang dah pilih seat the best punya dah then just tunggu wayang start. Dalam wayang memang tak suka makan sangat sebab nak pokus tapi kalau orang dah hulur popcorn rembat jela en heee~

Sinopsisnya cerita ni, pasal kajian-kajian planet lah gamaknya pastu dapat respon dari makhluk asing (kononnya) pastu makhluk asing pun datang. Datang-datang je dalam 5 kumpulan camtu lah tapi satu dah musnah. Yang lagi 4 tu lah yang serang hero navy ni. Heronya adalah hero dalam movie John Carter yang hensem dan sasa tu lah (over plak). Permulaan cerita yang agak best, kelakar je. Hihi. Tapi cerita ni kalau tengok dalam 3D lagi perfect kot sebab effect berlawan dia memang cambest. Meletup-letup sana, meletup-letup sini. Memang tak boleh tido arr. Jalan cerita so far tak rumit lah. Ending pon fun je. Konklusinya, tak rugi lah kalau korang ajak kawan-kawan, gf/bf, tunang, suami/isteri, dan semua lah tengok movie ni! 

Haa, amacam? Teruja tak nak tengok? Ke dah tengok? Apepun, movie ni aku bagi 4 bintang lah. Pelakon semua best, jalan cerita okay dan effect mantap. Lepasni nak tengok movie apa pulak ek? The Avengers kot :P


Thanks for reading guys! Babai :)







Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, April 12, 2012

Petua Legakan Senggugut


Hello korang!

Jumpa lagi. Kali ni aku buat double update sebab harini aku rajin sikit. Biasanya peratus kerajinan aku 30%, tapi harini naik jadi 50%. But still belum jadi 100% lagi kan -.-

Okay, entri kali ni nak bagi petua yang aku terbaca kat satu belog ni. Memang sangat berguna dan macam biasalah aku mesti nak kongsi dengan korang :)

Petua Legakan Senggugut

Kebiasaannya, pompuan mesti akan alami senggugut ni tapi bukan semua. Kira beruntunglah kalau siapa yang tak penah alami senggugut ni kan. Jom tukar nak? Hee. Okay, petua yang aku baca tu, antaranya untuk mengelakkan senggugut. Caranya dengan amek 3 ulas bawang merah, hiris halus-halus, campurkan dalam segelas air panas dan minum air tu. Sebelum minum bacalah bismillah dengan niat supaya senggugut tu tak datang.

Cara yang kedua pulak, amalkan minum air perahan halia selama sebulan dan dua kali sehari. Haa, boleh buang angin sekali tu :P 

Cara yang ketiga dan yang paling mudah adalah, minum air bergas, seperti Coke ataupun Sarsi. Tapi yang ni tak pasti la kesahihannya sebab lain orang, lain ragamnya. Ada yang jenis tak boleh minum air bergas nanti takot perut buat perangai. Tapi terpulang lah sebab ada 2 lagi cara yang boleh diamalkan.

Cara yang terakhir, adalah cara yang kita selalu dengar lah kan. Urut atau tuam perut dengan kain atau air dalam botol yang panas-panas tu. Tak pun amek je seterika pastu letak kain atas perut dan seterika. Tapi nanti kalau tiba-tiba perut jadi leper ke ape aku tak bertanggunjawab hokay~ :P

Tu jelah antara petua yang boleh aku kongsikan dengan korang sebab memang senggugut ni perasaan dia ibarat macam ada orang pulas-pulas usus kita kan? Aku pun kadang-kadang kalau datang senggugut memang baring dan duduk dalam bilik jela gamaknya. Kalaulah lelaki dapat rasa sakitnya senggugut ni apa lah reaksi dorang kan? Mau tergolek-gelantang kot :B

Apapun, kepada kaum lelaki, tolong lah jaga perasaan dan jugak pemakanan kaum pompuan time dorang mengalami datang bulan ni sebab time-time macam ni diorang eh kitorang memang sensitif :P 



Thanks for reading. Baii~



Like dan komen lah kalau suka :)

Bersama family is the best thing I'd love to do :)


Assalamualaikum,

Setelah lama tak update, benda first kena upload adalah gambar diri sendiri~ Muahaha. Okay. Stop babbling. Enough~


Niat hati nak cerita pasal aku makan KFC dengan family aku. Haa, kau hado? Yelah, semenjak tengok iklan, KFC Family Feast tu macam best je kan siap nyanyi beramai-ramai lagi. Tipu lah korang tak penah ikut nyanyi~

Alkisahnya bermula bila abah ada duit lebih pastu belanja kitorang, anak-anak beliau yang comel dan kuat makan. Tapi kena make sure semua ada kat rumah since aku dengan abang stay kat Puchong. And we manage it! Semua ada! Yay~


Kitorang amek kombo A pastu tambah-tambah benda lain lagi :B






Budak gambar last tu memang kuat propa. Konon letak banyak-banyak ayam dalam pinggan lepas tu tak habis -.- Dan yang paling penting dan best sekali, semua adaaaa! Aku suke! Aku suke! Best dapat kumpul ramai-ramai macam ni. Sekali sekala kita kena la eratkan silaturrahim ye dak?

Dan untuk pengetahuan korang semuaaa, next week from Sunday till Wednesday, aku ada kat Johor sebab Hari Graduasi :) So, sesapa yang ada kat JB, jum jumpa? :P

Nak ceritaaa tu je. Sila jangan bosan jenguk belog ni taw. I beg you *cewahh* :P Thanks for reading guys. Jangan malu datang lagi tau! Babai~


*Jom doakan keselamatan umat Islam yang terkena musibah gempa*



Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, April 4, 2012

Hari Kraf Kebangsaan 2012 (HKK)


Assalamualaikum semua!

Hari ni aku nak cerita pasal benda yang dah basi jugak la. Memang selalu kalau kat belog cite pasal benda dah lepas kan, takkan nak cite pasal benda yang tengah berlaku atau akan berlaku pulak. Weee ^^

Okay, pada hari Ahad yang lepas, 1hb April bersamaan dengan hari 'April Bodoh'. Err, maaf dengan penggunaan kata itu~ Tapi aku takda masa nak sambut benda-benda tak berfaedah ni okay. Harap maklum. Aku dan opismate bersama her boyfie memang dah plan nak shoping barang opis sikit. My opismate ni punya kakak, ada join HKK ni dan terlibat dalam mempromosikan barangan kraftangan ni. Akak dia buat barangan hasil rotan. Cantik sangat u'olls~

Dan, nak dijadikan cerita, mak kepada my beloved boyfie pon ada join jugak HKK ni. So, aku pon apelagi, saje-saje jelah nak melawat bakal mak kepada encik boyfie. Mak dia pulak promosikan Jahitan Sulaman Johor. Wah, cantik-cantik bajunya. Siap suruh aku try lagi pastu amek ukuran badan. Hihi~ *Nak buat baju ape tu mak cik* Hukk :P

So far memang best lah HKK kali ni. Banyak barang-barang yang menarik untuk dijadikan sebagai koleksi orang-orang yang suka mengumpul barangan kraf ni. Plus, memang unik dan menarik perhatian kesemua rekaan yang ada kat situ.

Tak payah banyak cerita, meh aku tunjuk sikit gambar yang ada sepanjang aku kat situ :)


My opismate with her boyfie






Gambar sendiri haruslah besar kenn~ :P



The most popular artist



Barangan berasaskan rotan yang dibuat oleh kakak kepada cik opismate ^^

Mostly, cantik-cantik sume barangan kat situ. Yang lagi bestnya sebab ada mak encik boyfie. Hewhew~ Lepas dah jalan-jalan tengok-tengok barang, kitorang menjamu selera kat Summit USJ, kat Pak Li Recipes. Memang the best Nasi Lemon dia. Hehe~

Okay, nak bebel tu je. Apepun thanks sebab masih sudi baca cerita merepek meraban Cik Zety ni. Hehe. Kepada yang dah lama tak tengok saya mendoodle, insyaallah, akan ada satu entro doodle nanti. Doakan aku tak busyy untuk membuat doodle ituu! 

Thanks for reading ^^


Babai.






Like dan komen lah kalau suka :)

I am food lover :B #2






WHOAAAAAAAAA !

:O



Like dan komen lah kalau suka :)