ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Thursday, May 24, 2012

Menjahit untuk masa depan.



Assalamualaikum ualls~




Malam bila tah kan, ternampak bekas jahit mama kat atas meja mama. Dalam tu ada benang, jarum dengan manik-manik warna warni. Tiba tiba datang satu perasaan yang maha dasyat (ayat kena hiperbola).


Okay, apakah perasaan itu? Itulah perasaan rasa-nak-jadi-tukang-jahit dengan secara tiba-tiba. Perasaan membuak-buak itu tak dapat dibendung lantas tangan tiba-tiba je jadi ringan amek bekas jahit tu dan try jahit hehe.


Lepastu, saja je survey kat Youtube video tutorial untuk menjahit manik. Wahh, banyak sangat. Tiba tiba jadi terujaaa semacam. Rasa macam DIY baju kawen pulak. Muahahaha. Okay fine. Bila dah tengok video kat Youtube, try lah jahit kat kain kosong. Boleh laaa. First time punya percubaan kan. Not bad lah orang kata.


Usaha tangga kejayaan ^^

Paling suka manik jenis yang macam gini :) *Crumble*

Sumber : Google

Wahh, hati sangat berkenan tengok jahitan-jahitan kat Google. Sangat cantik okay -.-'' Tengok kawan-kawan yang pandai jahit pon rasa jeles semacam. Y U  NO SEWING?!

Kena rajin-rajin tengok tutorial lah lepas ni. Hehe. Paling kurang pon dapat jahit manik, cantikkan baju kurung sendiri, tudung sendiri pon dah cukup puas. Semuanyaaaa DO IT YOURSELF! Tapi kena rajinlah kan -.-'' Yes, kamu boleh Cik Zety. Lagi pulak, encik boyfriend pun suruh aku belajar jahit dengan mak beliau. Ok fine. Haruslah belajar dari sekarang kan. 

Melting melting T.T

Konon konon berangan. Baju kawen nanti nak design sendiri pastu jahit manik sendiri -.-'' Semoga tercapai lah hihi (kawen pon tak tahu bila kuikuikui) baju raya kali ni agak-agak meriah tak dengan manik-manik labuci? Kite tungguuuu :P

Terima kasih sudi baca :)



Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, May 23, 2012

Kiamat semakin dekat apabila. . . .



"Kiamat itu semakin hampir apabila masa dirasakan semakin singkat. Setahun ibarat sebulan, sebulan ibarat seminggu, seminggu ibarat sehari, sehari ibarat sejam, sejam ibarat sesaat"





#Kita masih ada masa. Insyaallah.

Like dan komen lah kalau suka :)

# Wordless Wednesday 21



# Nak padam tapi sayang -.-''



Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, May 22, 2012

Rindu itu indah.


Assalamualaikum,

Ada macam lady bos tak? 

Rindunya. Rindu sangat dekat kawan-kawan kat Puchong. Budak rumah dengan budak ofis. Hehe. Kalau dekat ofis, rindu nak lepak-lepak kat ofis. Borak-borak. Gosip-gosip. Makan-makan depan PC. Makan maggi cup. Buat air milo cicah biskut. Tengok website Abang Nara sambil makan buah beli kat kedai bawah. Kadang-kadang sambil minum Chatime. Eh, ni tempat keja ke tempat makan? -.-''

Ye. Kat ofis pun jadi.

Kalau dekat rumah pulak. Rindu nak masak-masak ikut giliran. Rindu nak tengok tv ramai-ramai. Nak pergi pasar malam setiap Khamis. Rindu nak makan masakan budak rumah. Rindu nak beli beger kat kedai abang bawah. Beli popcorn akak depan rumah RM 1 pastu siap bawak pegi tengok wayang lagi sebab popcorn dia memang the best dah la banyak pulak tu. Rindu nak makan kentang putar yang cucuk kat lidi tu. Tu pon murah jugak. Kat area rumah ni memang makanan murah-murah. Sila gemokkan diri dengan makanan yang murah lagi sedap ye.

  

Lagi, aku rindu nak borak-borak dengan Lina. Rindu nak main Word Search dengan Nora walaupun dia selalu kalah tapi dia tak penah give up. Lina pulak suka berborak so memang takkan bosan duduk kat rumah tu. Ema suka bawak aku pegi jalan-jalan. Kitorang selalu makan sama-sama kat rumah. Dia masak sedap.

Rindu tu memang indah. Sebab rindu buat aku teringat semua kenangan. Tak kisah la kenangan manis atau pahit tapi aku rindu semuanya. Aku dah la jenis sensitif. Pantang teringat sikit mesti nak meleleh je air kat dalam mata ni. Ape pun tak bleh -.-''

Tapi nanti bila dah duduk jauh dengan family nanti lagi lah. Rindu dekat family pulak. Kalau dengan yang tersayang memang dah jauh dah pun -.- Beliau dekat Melaka. Kalau balik rumah family pulak kat Kulai sana nun. So, biasa dah. Ehemm. 

Tapi baru-baru ni yang tersayang datang KL sebab nak jumpa. Sempatlah jalan-jalan satu KL sampai nak pecah kaki ni -.-'' Huhu. Jalan punya jalan sampai ke Teluk Intan kauu~ Sebab dia tak pernah pegi kan. Kitorang pun pegi lah. Tapi pegi pun masa tu dah malam dah.  Dapat tengok Menara Condong warna warni. Yang penting both of us happy sangat sebab dapat jumpa each other :) Jarak bukan penghalang cinta kami. Hehe.


Semenjak dua tiga menjak ni, ramai blogger yang dah bertunang, kahwen, dan dapat baby. Jelesnyaaa. Hihi. Insyaallah. Jodoh ditangan Allah SWT. Semoga dialah orangnya. Amin.


"People who are meant to be together will always find their way back to each other. They might take detours in life, but they’re never lost."



Like dan komen lah kalau suka :)

Nikah yang diharamkan.



Assalamualaikum kalian :)


Siapa ada tengok Nona kat TV3 Ahad lepas? Kalau ada sesiapa yang terlepas nak tengok, meh sini aku nak kongsikan sikit antara yang menarik dalam Nona minggu lepas.

Antara topik yang aku nak cerita kat korang dalam entri kali ni adalah tentang NIKAH MUT'AH. Korang tau tak nikah mut'ah tu apa? Pernah dengar tak? Mungkin ada yang pernah dengar dan maybe jugak ada yang tak pernah dengar kan. So, meh sini aku terangkan melalui kefahaman aku lah :)

Nikah mut'ah (Arab: نكاح المتعة‎ ​ nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan untuk keseronokan), atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai. Ia adalah bentuk kedua perkahwinan Islam seperti dalam al-Quran. Lebih dikenali sebagai Nikah Kontrak. Paham tak?

Okay, untuk pengetahuan korang, nikah mut'ah ni HARAM sama sekali. Macam dalam Nona baru-baru ni, seorang wanita yang mengakui pernah terlibat dalam nikah mut'ah ni menceritakan pengalaman beliau semasa belajar di luar negara iaitu di Mesir.


Wanita ni berkenalan dengan seorang pelajar senior lelaki yang sudah pun berkahwin tetapi isteri lelaki terbabit tinggal di Malaysia. Jadi selepas perkenalan, terbit rasa cinta sesama mereka. Lelaki tu telah mengajak wanita ini untuk bernikah mut'ah dengan nya. Wanita ini pula yang kurang kefahaman agama terjebak dalam pernikahan yang tidak dihalalkan ini. Mereka diibaratkan seperti berzina sebab nikah mut'ah ni tidak memerlukan saksi. Cuma diantara lelaki dan perempuan itu sahaja. Hiduplah mereka ibarat suami dan isteri sepanjang pengajian mereka disana.

Okay, meh sini aku terangkan dengan lebih jelas lagi. Mut'ah ni boleh terjadi dengan cara :
  • Tanpa wali, saksi dan perisytiharan.
  • Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan seorang perempuan.
  • Dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan perempuan pelacur sekalipun.
  • Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau tidak.
  • Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang tidak tertipu iaitu 10 tahun.
  • Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar atau satu dirham bahkan kurang lagi dari satu dirham.
  • Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja.
  • Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan, sebulan, seminggu atau sehari.
  • Dengan seseorang perempuan beberapa kali. Perempuan itu tidak haram kepada lelaki yang telah melakukan melakukan mut’ah dengannya walaupun beberapa pada kali yang ke-3 bahkan pada kali yang ke-1000 sekalipun.
  • Dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi sebahagian daripada maskahwin mengikut keadaan hari atau masa keengganan perempuan bergaul dengan lelaki yang mengadakan aqad mut’ah dengannya. Misalnya mereka mengadakan akad mut’ah untuk 10 hari dan menentukan maskahwinnya sebanyak RM 100.00 tetapi si lelaki bimbang perempuan yang dia lakukan mut’ah dengannya itu tidak akan memenuhi tempoh yang dipersetujui itu maka bolehlah ia mengaqad mut’ah dengan bayaran maskahwinnya secara beransur-ansur. Jadi jika perempuan itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5 hari sahaja, maka lelaki itu perlu membayar RM 50.00 sahaja.
Antara cara nikah mut'ah adalah seperti, "Aku bermut'ah denganmu sepanjang pengajianku dengan maskahwin RM80 tunai". Dan pasangan wanita akan menyambut mut'ah itu dengan menjawab, "Aku terima mut'ah yang tersebut".

So, kawan-kawan, berhati-hatilah dalam setiap pergaulan kerana jika jahil ilmu agama maka terpesonglah kita daripada aqidah. Nikah mut'ah ni kebiasaannya berlaku kerana dorongan nafsu semata-mata yang menghalalkan perbuatan yang haram. 

Nikah mu'tah berbeza dengan nikah khitbah. Jadi kawan-kawan, elakkan daripada perkara yang memudaratkan dan dekatkan diri dengan perkara yang berfaedah. Kalau nak kahwin, buatlah dengan cara yang betul. Am i rite? :D


Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi next entri !






Like dan komen lah kalau suka :)

Monday, May 21, 2012

Saya comel kan?╭(╯ε╰)╮


Maaf diatas tajuk entri yang agak meloyakan tekak anda :P Sekali sekala nak jugak perasan kan? Hohoho~

Dah lama tak letak gambar diri sendiri-mintak-lempang-lelaju kat sini kan. Almaklumlah, budak pemalas memang macam ni. Nak update belog sendiri pon malas apetah lagi nak masukkan gambar -..- *perlu ke masukkan gambar?*

Haruslah letak gambar ingat-muka-kau-cantik-sangat dalam belog ni. Belog sendiri kan? Apadehal~ lalalalala


Okay, kite akui kite agak hyperaktif sikit malam ni plus macam gedik over semacam je. Kite rasa macam nak update banyak-banyak malam ni lepastu nanti biar sampai dua tiga minggu camtu takpayah update. Okay tak? Kite rasa mesti takda sapa peduli pun kan sebab kite memang dah lama tak update sampai pembaca kite dah larik dah pun. Eh jap, kite ada pembaca ke? -.-''

Kite sebenarnya memang nak update hari-hari tapi kite ni nyanyuk suka lupa lah. Tambah pulak kite ni pemalas sangat sebab nak tunggu loading ape sume tuh buat kite jadi tension pastu terus malas nak update. Boleh terima tak alasan kite? Tak boleh? Ok fine.

Korang nak tahu tak, walaupun kite jarang update. Kite selalu tau tengok, usha, baca, blogwalking belog orang lain tapi kite jadi silent reader je. Wuuu~ Takpelah, kite memang silent reader yang tegar -.-''

Kite jugak nak bagitau yang kite happy sangat bila baca belog yang kite follow daripada awal owner dia single mingle sampai lah owner belog tu dah kahwin dan dah ada baby pun. Tapi kite tak penah tegur owner belog tu. Kite kan silent reader yang tegar tapi kite follow je perjalanan hidup dia melalui belog. Kite suka. Eh, kite ni macam stalker pulak -.-'' Demm~

Lagi satu, kite ni macam lalang kan? Kite suka buat doodle ikut mood. Ape pon tak boleh la kite ni haih. Kesian peminat-peminat doodle kite. Peminat? Cehh puihh! Maap sebab kite suka berangan -.-''

Kite bosan kite conteng. Tah pape.

Okay, sekian sahaja kisah kite pada hari ini. Akan bersambung lagi dimasa akan datang. Bila tu tak tau la ye~ Huhu. Apsal ber-kite kite bagai ni? Geli nyah~


Okbai.


#Kite rindu dia.Uhuk.



Like dan komen lah kalau suka :)

Melayu sekarang?



Assalamualaikum semua :D




Haritu kan masa time tengah tunggu bas kan (masa time? #OHMYENGLISH!), aku ternampak la ada pasangan ni. Muda lagi weh. Dalam baya-baya adik aku la kot, 12-15 taun camtu la kot, maybe? Dalam keramaian orang menunggu bas ni, aku pun yang tengah penat baru lepas balik kerja ni, duk usha lah baik punya kat pasangan ni.


Homakaih, dia punya romantik kalah orang dah kawen tuuu :O *terjojol mata* Siap berpeluk-peluk sakan lah. Bak kata omputih, huggin'-huggin' laaa~ Aku pon heran jugak laa sebab yang budak perempuan tu dengan alahai, badan sekeping  nya pun, bukan main manja lagi. Feeling-feeling macam kat obersi kot =.=


Ada lah jugak mata-mata lain yang memandang tapi nak buat lagu mana kan. Orang zaman sekarang ni memang jenis takkan masuk campur hal orang lain. Takpun, takut nanti kalau ditegur nanti, lain pulak jadinya. Tengok jela yang mampu.


Dalam hati duk tepikir, kalau depan orang ramai, depa boleh buat lagu ni, belakang orang macam mana lagaknya ek? Subhanallah.




Tu satu cerita, yang kali ni pulak, masa tengah tunggu komuter nak balik ke rumah mak. Tengah tunggu-tunggu, nampak ada segerombolan budak-budak perempuan remaja. Pakaian masing-masing moden belaka. Rambut berkaler bagai dengan fesyen tersendirinya. 


Dorang duk berborak sesama dorang lah tapi bukan main kuat bercakapnya. Sampai boleh dengar semua butir bicara dorang. Kalau jenis cerita yang biasa-biasa takpe jugak. Ini siap bercerita pasal, 'Eh, aku benci betul tengok si polan dengan si polan tu, dah la keja asyik $^&$ jek.' Amboi, siap dengan mencarut-carut bagai lah. Haih. Yang tak tahan nya, semua muka budak-budak Melayu. Siap dengan ada yang bergaya jantannya. Pengkid lah kot, berantai pulak dengan lambang salib. Aku cuma mampu terdiam jela. 


Macam ni ke budak-budak Melayu zaman sekarang? Kenapa diorang ni tak berpikir panjang sebelum nak buat apa-apa? Dengan kes lari daripada rumah lah. Tak suka dikongkong lah. Nak kebebasan lah. Nak bersama dengan boyfriend lah. Keseronokan tu sekejap je. Fikir-fikirlah :)


Macam aku, serius cakap, aku suka duduk dengan family lagi daripada duduk dengan kawan-kawan. Aku tak suka duduk jauh dengan family. Nanti kalau mak atau abah talipon ke mula rasa sebak je. Rindu ;')


Maaf kalau ada terkasar bahasa ye? Sekadar coretan biasa untuk renungan bersama je. Terima kasih sudi baca :)






#Selamat Pengantin Baru kepada blogger-blogger yang menyambut hari bahagia mereka :)








Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, May 18, 2012

Pengantin Malang



Assalamualaikumm semua sahabat :)


Kali ni aku nak kongsikan sikit kisah yang aku dapat daripada email aku baru-baru ni. Huhu. Macam kesian pun ada, macam pelik pun ada jugak. So, korang boleh la baca dan renungkan bersama :)



Pada kali ini, saya ingin berkongsi satu berita yang agak kelakar dan sedih,berita ini telah dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia pada 18 Disember 2005 yang lalu.==========================================DITUDUH GUNA WANG PALSU BAYAR MAS KAHWIN Oleh Yulpisman Asli 
KOTA BHARU 18 Dis. - Seorang mekanik dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menggunakan wang palsu sebanyak RM8,000 sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxi xxxxxx , 23, pada 11 Disember lalu. Tertuduh, Mohd. Axxx xxxxx, 37, berasal dari Taman Kinrara, Puchong, Selangor didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira pukul 4 petang. ...Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menggunakan wang palsu RM8,000 iaitu not RM100 sebanyak 80 keping sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxx. Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. Tertuduh ditangkap pada malam 11 Disember lalu setelah pihak keluarga pengantin perempuan membuat laporan polis. Mengikut laporan, penipuan itu disedari oleh bapa saudara pengantin perempuan ketika mengira wang hantaran selepas majlis akad nikah oleh imam Masjid Kubang Batang pada hari sama. Kejadian itu menyebabkan keluarga wanita berkenaan terkejut apabila mendapati semua wang kertas RM100 itu yang dimasukkan dalam sebuah album gambar hanya mempunyai cetakan bahagian hadapan, sementara belakangnya kertas putih. Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat manakala imam masjid yang menikahkan pasangan berkenaan menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk mendapatkan pengesahan kedudukan perkahwinan tersebut. Imam berkenaan kemudian dimaklumkan pernikahan pasangan itu adalah sah mengikut hukum syarak. Bagaimanapun, pengantin lelaki dianggap berhutang dengan pengantin perempuan.=======================================Setelah saya membaca berita ini saya menjadi agak bingung... saya tidak tahu sama ada hendak ketawa, menangis, tersenyum atau bersedih. Saya hanya mampu termenung panjang...Apa yang sebenarnya berlaku?..Mengapa si bakal suami berbuat begitu? Tiada duit ke? Mengapa tidak berbincang sebelum perkahwinan? Adakah ia sudah berbincang tetapi tidak mendapat persetujuan keluarga bakal mertua? Bagaimana pula perasaan si isteri? Baru sahaja nikah tetapi si suami mungkin akan dipenjarakan? Apa pula perasaan kedua-dua buah keluarga? Malu? Marah? Kecewa?Terlalu banyak tanda tanya di kepala saya... adakah semua ini berpunca daripada duit? 



Kesimpulannya, kenalah ada perbincangan dulu daripada kedua belah pihak kan. Bukan antara lelaki dan perempuan tu saja tapi ahli keluarga sekali so then, takdalah jadi masalah macam ni. Nak kawen pun macam susah sangat sebab diri sendiri yang menyusahkan. Renungkan ye kawan-kawan :)



Till then jumpa lagi next entri !


Like dan komen lah kalau suka :)

Its a sweet moment you know?



Assalamualaikum semuaa.




Dah lama tak update rasa kekok pulak nak menulis. Hehe. Okay, lagu belog pun dah bosan aku dengar iaitu lagu Yuna-Terukir Di Bintang. Kini dah digantikan dengan lagu baru yang amat aku gemari :B iaitu lagu Agnes Monica-Rindu.


Ayat macam budak darjah 3 jugak aku ni kadang-kadang -.- Okay, kalini aku cuma nak cerita sikit pasal diri aku yang dah pun memberhentikan diri sendiri kat tempat kerja lama sebab nak bertukar kerja kat Pahang nun.


Kadang-kadang aku selalu terfikir, betul ke keputusan yang aku buat ni? Aku sendiri macam tak yakin dengan keputusan yang aku. Aku serba salah samada betul ke keputusan aku untuk kerja kat Pahang dan berhenti kat tempat kerja lama kat Puchong ni.


Kalau dekat Puchong, aku boleh selalu ulang-alik balik rumah. Jenguk mama, abah, Nurin dengan semua yang ada. Tapi bila aku da kerja kat Pahang nanti, memang susah la nak balik rumah selalu...


Aku memang jenis yang suka duduk dekat dengan rumah tapi bila difikirkan balik, nak cari rezeki tak boleh memilih. Tuhan dah bagi rezeki kita kena terima dengan tangan yang terbuka. Alhamdulillah aku bersyukur sebab rezeki berpihak kat aku.


Last Friday, aku dah pun berhenti kat tempat keja lama. Bos dengan staf semua buat majlis perpisahan ala kadar. Aku rasa sedih jugak sebab staf dengan bos semua baik sangat. Susah nak dapat bos dengan staf macam dorang. Sangat sporting dan baikkkkk :) 







Cuma Dominos je untuk makan-makan. huhu. Kat atas tuu, my besties ofismate :) Selaluuu teman aku borak-borak, layan kepala aku borak pasal tuttt :P dan macam-macam lagi. Gonna mishh yuuu Dayah :)

Nanti kalau saya free, saya datang rumah awak nanti kite pegi shoping-shoping ape sume tau. Dah la nak tengok wayang sama-sama pun tak kesampaian :( But sokay lah..maybe next time? Nanti awak nak kawen jangan lupa jemput kite tau! Huhukk 

Ramai kawan-kawan yang saya dapat kenal time saya keja kat sini. Pahit manis saya kat sini saya akan ingat even tak sampai 3 bulan saya keja kat sini. Saya sayang korang semuaaaa tau!

Okaylah, tetiba mud sedih datang. Hahahaha. Okbai -.-''



*Dayah, thanks tau sudi jadi kawan orang. Sanggup layan kerenah orang, pasni sape nak teman orang gi shoping, gi beli baju kat Thailand, makan sama-sama. Wuuuu T.T








Like dan komen lah kalau suka :)