ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Thursday, June 21, 2012

Farewell Dinner International Office


Salam alaika :)


Dah lama tak bukak www.blogger.com dan masuk ke dashboard belog sendiri. Ini adalah kesalahan yang tak boleh dimaafin -.- Tapi maafkanlah sobs~

Okay, entri kali ni aku nak kongsi dekat korang pasal dinner malam tadi. Dinner ni adalah sempena meraikan perpisahan staf Pejabat Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai International Office a.k.a IO. Ada 2 orang staf yang telah ditukarkan ke department lain iaitu di UMP kampus Pekan. So malam tadi baru sempat nak raikan dorang iaitu Kak Liya dengan Encik Arman :)

Plan petang semalam memang nak sambut dekat Lilawadi Barbeque kat Kuantan. Kalau sapa yang penah pegi mesti tahu tempat tu macam mana kan? Sangaaatttt cantik okay! Sesuai la kalau nak buat makan depan lilin tu ha. Deting dua-dua. Makan sambil pandang-pandang mata masing-masing :P

As what we plan, meja mestilah kena booked awal-awal sebab takut penuh. Dinner start pukul 8 cmtu tapi aku, Sal dengan Kak Shikin sampai almost 9pm heee :B Sampai-sampai je dorang sume dah siap tunggu depan makanan sume. Kitorang sampai apelagi terus pelahap pape yang patut. Makanan kat situ memang the best, antara yang kitorang makan malam tadi, ikan siakap masak 3 rasa kot, kailan, kerabu mangga, ayam masak apetah, daging rebus, telur dadar dan tomyam. Tu antaran yang aku ingat dan yang aku makan lah. Lepas makan sume, kitorang pelantak dessert plak iaitu kek manggo cheese dia yang ummmmph~ (sori gambar tak sempat amek sebab kepala otak dah bertindak seiring dengan perut untuk membalun sume makanan tu hehehe)

Makan-makan, borak-borak tak sedar pulak souvenir tak bagi lagi so acara membagi souvenir pun berlangsung lah dengan jayanya. After sume dah setel, kitorang bergambar dan balik lah ke rumah masing-masing untuk membuncitkan lagi perut dengan tidurrrr~ blurrrp.

So, meh tengok gambar pulak ~

 Lotsaaaa foods !

Semuaaa busy makan Cik Sal kitee sempat buat pis :P

Zara nangis nak balik dah :)

Ketua yang sangat baik dan sporting! Hi PM :)

Mak-mak dan anak masing masing hehe (duduk : Kak Shikin, berdiri : Kak Liya)

Sal and me ~ *sedap air tuu

Pemberian cenderamata daripada IO :)

Suka laa En.Arman dapat frame kartun hihi

International Office staffs :)

Sorilah kualiti gambar kurengg sikit sebab suasana lomentik la katekan :P So, kalau korang nak datang sini, ajak ramai-ramai, kawan-kawan, somi, isteri, tunang apasume sebab memang tak rugi okayyy~ *pomot lak*

Well, aku semakin serasi dengan sume staf sebab dorang sume memang sempoi dan baik-baik belaka. Hope will remains the same :B

Thankyouuu sudi baca. Kalau ada sesiapa nak belanja makan kat Kuantan ni mailah ajak hahahaha (tak malu betol :P) Okbaii sume~

 




Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, June 7, 2012

Cik Zety hari ini :)


Salam 1 Malaysia,

Cewahh :P Tadi ada approved komen pasal BIOKOS tapi cari-cari balik komen tak jumpa pulak, ahh sudah -.-'' Aku memang nyanyuk ah. Takpe biar aku jawab kat sini. Sesiapa yang nak order BIOKOS tu satu set, email kat zetty_ninety@yahoo.com dan pertanyaan anda akan dijawab :)

Rutin harini? Nak tahu ke? Harini masuk ofis macam biasa, tapi semalam terlambat 8.01 abesla dah merah rekod kedatangan. Spoil je :P Takpelah nak buat macam mana, adat menumpang, kalau terlambat, sama-sama lambat lah kan~

Tapi harini awal okay~ Huk, lagi satu, nak tanya ada tak sesiapa dapat panggilan intebiu SPA? Jom gi sesama nak? Tapi yang kat Putrajaya lah ek? Walaupun sekarang dah kerja kerajaan tapi tak salah mencuba ye dak? Dah rezeki tiba-tiba dapat panggilan intebiu, pegi jelaa. Mana tau dapat ke nanti tah-tah tempat posting dekat je dengan rumah kan? Hihi~ (berangan je tauuu)

Kepada yang nak buat doodle trade tu boleh, tapi bukan sekarang laa sebab kita takda wifi kat uma pastu kat opis lak takda Illustrator....sobs :( Saba tauu, nanti kita gitau awak bila kita boleh doodle trade tau NIEZA :)

Kepada kawan-kawan yang salu bukak belog ni pastu tengok isi cam sama jee, sorry lah you alls, I bukan taknak update cuma tak sempat update. Ni pun time lunch ni I tak pegi lunch tau semata-mata sebab nak update ni haa. Pengorbanan sangat kan -..- So, pasni jangan laa benci nak bukak belog ni. Tau tau tau?

Pasni aku teringin nak update pasal 'ehem ehem' plak laa. Nak tau ke apa 'ehem ehem' tu? Sila tunggu next entri okayy..tett :P

 

#Sekejap dah masuk setengah tahun -.-



Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, June 5, 2012

Pahang



Ya Allah Ya Allah,

Bagi aku kekuataaaannnnnnn !

Huhuuu..dah lama giler tak update belog tercinta -.- Kenapa oh kenapa ini semua terjadi~ Homaiii..I cant believe it. Okay fine. Aku nak buat pengumuman sikit.

Bahawasanya saya, Nurul Izzati atau Cik Zety kini dah pun menetap di Pahang nun. Wuu, koi dah jadi orang Pahang lah :P Dan untuk pengetahuan sumee, aku takdak berodben lagi buat masa ni dan jugak sumber-sumber WIFI untuk mengonlinekan diri lantas mengupdate belog ini.

Makanya, aku cuma berpeluang online sewaktu di office saja dan sewaktu masa lapang (banyak lak masa lapang time keje en -.-) So, lantas, aku takda peluang nak update..bukan saja-saja je huk

Hati memang nak update je hari-hari. Nak cite kat korang pengalaman mula-mula aku masuk keja, lapor diri apa sume tapi apakan daya sobs. Ni pun nasik bek pegawai pegi meeting kalau tak..humphh~

Nak cakap aku baik-baik je kat sini. Kalau ada sesapa nak ajak tengok wayang ke apa, roger ah :P Hahahha, sekian itu saja untuk harini okbai.

 
Aku baik-baik aja dong :P

Ada masa nanti aku update okay? JANJI!

 

Like dan komen lah kalau suka :)