ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Thursday, August 30, 2012

My job as . . . .


Assalamualaikum semuaaa ;)

Semoga sentiasa dalam keberkatan Allah SWT hendaknya. Haritu dekat page belog dekat Facebook ada cakap pasal nak update tentang tempat kerja aku yang tak seberapa, jadi moh le kite teruskan ;P

 
Ini lah meja aku yang konon-konon busy dengan kertas-kertas dan sebagainya =.=''

 
Sempena nak menyambut kemerdekaan ni diorang ada buat pertandingan menghias opis/jabatan masing-masing, ginilah ropenya~

 
Ala comel je panjut tu hewhew~

 
Keadaan opis yang sunyi. Cewah, padahal masing-masing tah kemana tah. Meja aku yang belah kanan ye ;)

 
Kerja kerja jugak, kena curik masa sikit nak tukar header belog. hihi
comel tak kertas yang atas tu ;) 

 
Pandangan dari sudut meja saya. Mudah nak nampak siapa masuk opis.

 
Bilik meeting yang abes kena guna time sebuk nak renovate ala-ala merdeka.
 
 
Ruang pantri yang dah macam rumah dah ;)

 
 Mostly student don't understand this -.-'' *sigh

Our carta organisasi. 5 orang je staff. Me do this :)

Begitulah kisahnya, rutin harian aku macam biasa, check in before 8am dan check out after 5pm. So far kerja dekat sini, tak stress sangat. Mostly deal dengan International students yang ada seribu macam perangai. Buat kerja admin macam biasalah kan, arrange event untuk international thingy laa, visa dan passport punya hal dan banyak lagi kerja-kerja biasa. Staff opis semuaa okay dan ceriaa. Hihi, harap-harap tak akan ada or buat masalah la kat sini. 

Tapi yang paling best kerja dekat sini sebab boleh involve macam-macam aktiviti luar macam lawatan, bawak international students ni melancong dan sebagainya. Contoh macam raya baru ni, akan diadakan open house (ke opis?) untuk diorang. Dan this upcoming November akan ada lawatan ke Langkawi. Yes, sangat bestt :)

Walaupun kerja tak stress sangat but still tak boleh la amek mudah semua benda kan. Kena buat satu kerja tu betul-betul dan teliti. So, korang pulak? Taknak ke cerita pasal tempat kerja korang? Nak tawuuu jugak :B





Thank you for reading guys. Melavyaa :)

 

  


Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, August 29, 2012

Jodoh itu rancangan Allah :)



Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik perancang itu adalah ALLAH S.W.T :)


*Semoga bahagia itu milik kita




Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, August 28, 2012

Renungkan.

 
" Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam. Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali. Kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan. Yang ada hanya hari ini & akan datang. Gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya "

Like dan komen lah kalau suka :)

Monday, August 27, 2012

Diari Isnin.


Isnin                                                                      26 Ogos 2012



Siapa taknak berubah kan? Tapi perubahan yang baiklah. Berubah jadi lebih baik, lebih matang. Bagus untuk diri sendiri jugak. Bagi aku pulak, perubahan tu adalah dari segi taraf hidup aku. Bila lagi nak ada kereta sendiri, rumah sendiri, suami sendiri, opps? Buat lawak pulak~ Okay serius balik. Kadang-kadang perasaan tu membuak-buak weh. Tengok kawan tu ada kereta tu, tengok kawan ni dah beli rumah tu. Masing-masing dah ada aset sendiri. Alhamdulillah, aku happy jugak tengok dorang dah berjaya macam tu. Ni yang buat makin rajin kerja ni. *yeke? hoho~

Lepastu, bab kawen tunang takpayah cerita la kan. Bersepah kawan-kawan yang dah kawen, tunang ada anak semua. Insyaallah satu hari nanti giliran aku pulak. Doakan ye? Dan yang paling aku nak cerita sebenarnya, pasal belog. Dalam aku jarang update belog, sebenarnya ramai yang masih sudi baca kisah dan coretan aku. Walaupun 2 3 bulan sekali aku update, masih ada yang jenguk. Ya Allah, rasa macam terharu sangat. Tapi sedih dengan diri sendiri sebab tak appreciate orang sekeliling yang suka, yang minat baca coretan kita even coretan tu tah hape hape.

Yelah, terkadang dalam hati ada jugak bercakap, 'Kita bukan blogger femes, kita bukan blogger cantik, kita tulis ke tak tulis ke entah ada yang baca ke tidak tah'. Rasa bersalah sangat sebab hati cakap macam tu. Padahal, ada je yang baca belog ni. Tapi sekali lagi, kita tak hargai. Kita pikir kolot. Maaf semua.

Kita jujur. Siapa taknak belog dia takda pengunjung kan? Kita nak. Sebab utama kita buat belog adalah untuk berkongsi separuh daripada kisah hidup dengan pembaca maya. Tapi kisah kita biasa saja. Kita takda nak cerita pasal pegi photoshoot majalah tu atau pegi shooting rancangan tv ni. Kita cerita pasal kehidupan kita yang sama je setiap hari. Sebab kita gadis biasa.

Kita selalu terpikir, ada ke orang baca belog ni ek? Mesti dorang bosan je bila bukak belog ni. Tapi satu yang kita setuju adalah, SEMUANYA BERMULA DARI BAWAH. Sebab kita pernah terbukak satu belog ni sebab apetah tak ingat. Kita godek godek belog dia, masa tu belog dia biasa biasa je. Followers tak seramai sekarang. Tapi kita suka tengok belog dia sebab belog dia cakap pasal fesyen. Dan sekarang, nah, belog dia antara yang terfemes dalam dunia belog. Kalau korang kenal siapa 'dia', yeah, I do adore her ;)

Dan sekarang, kita bangga jugak dengan belog kita. Sebab dulu kita cuma ada followers tak sampai 10 orang. Nak update pon macam alahai. Tapi sekarang, kita syukur sangat sebab kita yakin ada yang baca belog kita. Ya, awak yang tengah baca ni. Terima kasih sangat tau sebab sokong Belog Cik Zety. Tanpa tulang belakang belog ni, belog ni lumpuh. Dan, walaupun kita tau, dah berbuih mulut kita cakap, kita akan cuba selalu update, kita nak cakap jugak lagi. Kita akan cuba sedaya upaya memenuhi harapan korang untuk tengok kita selalu mengarang :) Terima kasih kawan.

 

Yang benar,

Cik Zety





Like dan komen lah kalau suka :)

Syawal 2012



Syukur Ya Allah :)


Alhamdulillah, syukur sangat masih diberi kesempatan untuk meraikan Syawal pada kali ini, pada tahun ini. Alhamdulillah masih berpeluang untuk bersama keluarga tersayang bersama-sama dalam keceriaan pagi Syawal.

 
Jeles jugak tengok orang lain sebuk update pasal ghaye, aku pon mestilah nak jugak. Haruslah ;P Seperti yang tertera di atas. Berikut merupakan ahli keluarga aku dan dari kiri meh aku kenalkan, abang aku, mama kesayangan aku, si kecik Nurin, abah macho, aku yang chomel, jiji dan jugak jijat. Tema tahun ni COKLAT itu brown. Almaklumlah, taun lepas kalau siapa ingat tema warna perak@silver, maka taun ini harus tukar kaler lain. Hihi~ Taun depan insyaallah kalau masih ada Syawal, boleh buat kaler turquoise pulakk.

 
Ibu dan anak (bukan kakak dan adik ye~)

Raya pertama haritu beraya di mana lagi kalau bukan di Teluk Intan, Perak. Beraya bersama sepupu sepapat dan sedara mara lah sape lagi kan. Yang paling sadisnya, taun ni kutipan duit raya memang sangat ohsem dan hensem T.T Okay fine, aku dah kerja. Eh, dah kerja pun nak jugak laaa tauu tak! Wuuu. Pegi kat mak cik sini, beliau akan cakap, "Da kerja kan?" pegi pakcik kat sana pulak, "La ni da takda duit raya la, dah kerja kan" Perghh~ Abang aku pon stil dapat duit raya lagi wokk sebab tak kerja lagi! Tak adil tak adil -.-



Lupakan kisah pasal takdapat duit raya apa sume tu yang penting dapat makan banyak makanan sedap time raya ni. Hihi. I likeeee :D Tapi taun ni la paling tak beraya sangat, taktau nape dah. Raya rumah kawanbaik je lepastu balik Kuantanngg dah. Yang bestnya, jantung hati datang beraya rumah Jumaat lepas. Hehe :) Thankyouuu awak. Dapat jugak jumpa setelah 5 bulan tak jumpa kan. Lepas rinduu. Hewhewhew~

And now, dah kembali bekerja setelah seminggu bermalas-malasan dirumah tercinta. Sekarang, dah tak nampak dah makanan sedap-sedap kat dapur. Time cuti indah nyaa dunia ku rasakan tapi kini T.T

Itu je nak cerita. Terima kasih la sudi baca kan? Siapa nak ajak pi open house boleh la tapi area Kuantan saja lah gamaknya :) Okbai. Saksikanlah gambar paling ohsem raya ini -.-''

Amekkaww ~.~

 

Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, August 17, 2012

Untuk semua Tulang Belakang Belog Cik Zety :)


Assalamualaikum, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan,




 

Maaf Zahir & Batin 






Like dan komen lah kalau suka :)

Wish me.


Hi and assalamualaikum semua, 

Source : takkesah.tumblr

Harini tepat jam 10.30 pagi maka berangkatlah beta daripada negeri Pahang nun jauh dimata ini untuk ke tanah tempat tinggal keluarga beta yang tercinta lagi dirindui :P

Yup, harini aku off day. Jyeah! So barang semua dah siap packing sebab nak balik KL just in a few hours je. Cant wait >.< So guys, doakan aku selamat sampai dan selamat berhari raya. Weh, takdak sapa nak wish raya ke? wuuuuuuuu T.T

Untuk korang semuaaa, aku doakan safe journey jugak. Pada yang bawak reta tu bawak lah berhati-hati, jangan lah nak kejar masa nak cepat sangat. Bak kata pepatah yang tak patah-patah lagi, "Biaq lambat asai selamat" :) For those yang naik bus or motor ke ape ke, pun be careful. Doa kenderaan jangan lupa nak baca. Ramai orang tersayang yang tengah tunggu korang tu. Ingat tau?

Till then babai :)



 

Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri In Advance ;)


Assalamualaikum,

Sedar tak sedar lagi berapa hari je nak raya kan? Macam tak percaya je masa tu berlalu dalam sekelip mata. Dalam diam tak diam jugak, harap-harap kad raya yang aku hantar dekat kawan-kawan semuaa dah sampai lah ye :)

Dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan :



Maafkan aku andai ada terkasar bahasa semasa menulis, terusik hati sesiapa ataupun terover tak kena gaya. Walaupun Syawal masih belum tiba, tak salah rasanya minta maaf awal-awal, ye idak? :)

Aku tahuu aku banyak salah dengan korang. Dah lama tak update belog. Dah jarang buat doodle. Wuuu. T.T Ye aku janji aku akan cuba tebus kesalahan ini. Aku tahuu ramai kawan-kawan yang tanya, yang tolong promot belog ini sebagai belog kreatif tapi bila orang masuk nan hadoo. I admit it. But for sure, aku akan cuba perbaiki kelemahan ni.

Insyallah lepas dapat bilik baru, aku akan keep updating my blog. Kesiaan je dekat budak tudung pink kat atas tu hihihi. Sorry tauu. 

Oh yaaa, nak bagitau korang, yang aku dah mula aktif dekat Twitterjaya dan juga Instagram so kalau ada sesiapa yang nak follow, just find my name, CikZety :)

 
More to scenery or foodsssss :3
  
Kalau Twitter pulak, just follow twitter.com/cikzety :) Bcoz sekarang dah pakai internet plan dekat mobile phoneee. Ceh, orang lain dah pakai lama tak bising pun kan. Hehe. Tak lupa jugak nak tepek gambar diri sendiri kat entri kali ni :P

 
Ze latest me :)

That's all. See you guys soon. Hari raya nak letak gambar banyak-banyak hehehe :) Babai. Thanks for reading~





Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, August 2, 2012

Iftar with ze kazee :)


Assalamualaikum ya rakan taulan semua :)

Harap semuanya dalam keadaan baik-baik saja. Today im not feeling very well coz of sorethroat dan macam-macam penyakit ringan lain. Dugaan bulan puasa. Hehe.

Kalau ada siapa yang tahu, aku ada post status dekat Facebook yang mengatakan :


So, ada beberapa yang dah pun bagi alamat mereka. Guys, just wait for the card okay? Teehee :)

Well, nak cerita semalam lepas office hour terus gerak ke bandar sebab hajat hati dari haritu lagi nak makan ayam penyet. Gerak dari rumah saja dah pukul 5.30 nasib baik sampai dekat Restoran Ayam Penyet AP tu on time jugakla. And luckily meja ada kosong satu sebab yang lain semuaa reserved. Memang rezeki kot :)

As always, cameraaaaaa~


 
can you see her mouth is pouting so much :P



 

Hehe, just love the icecream since sakit tekak ni kan sebab ni la kot ubatnya. Hahaha. Well, lepastu rajin pulak my kazee ajak pegi Megamall sebab nak cari barang. Setakat ni belum sempat lagi nak bukak puasa dekat padang yang feymess tu.

And one more, nak mintak pendapat korang, if aku nak try pakai pakej internet on my smartphone, what shud i choose? U-mobile? Digi? Maxis or Celcom? Well, im using an Android phone not apple or blackberry :) Kalau ada suggestion yang bagus thank youuu :)

Wait for my next entry okay? Love you guys :)



Like dan komen lah kalau suka :)