ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Monday, March 11, 2013

Kerusus Kehwin


Assalamualaikum bloggerians!


Dua minggu lepas aku telah pun selamat mengikuti kelas kahwin atau lebih tepatnya Kursus Kahwin. Eh, jangan nak pikir yang bukan-bukan okay~ Aku cuma pergi kursus je pun. Takda perancangan nak kawen lagi pun.

Masih sibuk bekerja dan mengumpul uwang ye teman-teman. Alkisahnya, kat tempat aku keja ni ada buat pengumuman tanya siapa nak join kursus kawen. Aku pon macam baru sedar yang aku still tak pegi lagi kursus kawen. Time kat poli dulu ada juga buat tapi malu nak pergi sebab rasa macam muda je lagi (Padahal bukan dia suruh kawen pon kalau nak amek kursus tu). 

So, bila dah kat tempat kerja nak buat, siap dengan harga murah lagitu (harga student), aku pon bagi jelah nama. Tarikh yang diberi pun, aku tengah takda apa-apa kerja so join jelah.





Hari pertama kursus, untuk slot yang pertama tu memang agak bosan. Bukan agak lah, memang bosan sikit sebab mood tak datang lagi kot. Hoho. Tapi masuk slot yang kedua dan seterusnya dah boleh bagi perhatian lah dekat penceramah.
Banyak juga lah benda-benda yang dok belajar time sekolah agama dulu, dia refresh balik. Bila ingat-ingat balik, macam payah jugak nak kawen ni weh!

Untuk hari kedua, penceramah semakin best sebab pandai tarik perhatian kita. Kira ada buat-buat lawak sikitlah. Tapi mostly orang cakap kalau pergi kursus kawen mesti penceramah tu akan cerita mostly tentang hal hal 'itu' dan tanpa tapis tapi alhamdulillah kursus yang aku pergi ni semuanya cerita bertapis-tapis sikit sebab ramai student kot :P
 


 

Tengoklah kat dalam dewan ni pun stil boleh bergambar lagi. Pompuan biasalah :P Tapi yang tak boleh belah siap boleh tidor lagi mek kat sebelah tu. Hoho. Kesimpulannya untuk kursus kawen ni, pada siapa yang nak kawen tu memang WAJIBUL GHUNNAH  lah kursus kawen ni kan. Bila dengar prosedur nak kawen tu rasa macam, okay takpelah, rilek-rilek dulu la kawen ni -.-''

Untuk dua hari kursus kawen ni, aku banyak dapat tahu dan ingat balik tentang hak-hak dalam perkahwinan, tentang sikap, kesihatan keluarga dan banyak lagi. Memang bagus diadakan kursus kawen ni supaya boleh jadi reminder untuk pasangan yang nak berkahwin :)

Okay, kursus kawen dah, lepasni apa pulak? Hehehe~

Thanks for reading! 


Like dan komen lah kalau suka :)

3 orang dah komen. Awak taknak ? :):

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

memg perlu kursus ne, kalau boleh kiasi lama sikit.. ilmu kawen ne bukan senang.. da kawen bru tahu.. hohoho

Laila Majid said...

Lulu memang tak bole bla.haha

anamizu said...

wahwahwah kemain lg zety.. senyap2 dah pegi kerusus kehwin ek dia rupanya.. hehe



*cik ana pon dah pegi masa study dulu.senang amek awal2.nti xde kelam kabut dah.. hehe