Trip to Sungai Lembing 2013


Assalamualaikum, 

Hai korang, lama dah tak usik belog ni. Taknak banyak ngomel, nak cerita kat korang pasal pengalaman aku ke Sungai Lembing baru-baru ni. Alkisahnya trip ke Sungai Lembing ni untuk budak-budak international ni haa. So, as an International Office staf, kenalah meng-joinkan diri jugak.

Well, gerak dari UMP jam 5.30 pagi Sabtu tu sebab keta Mek Sal rosak (plan asal kena gerak sebelum jam 5 pagi). Sesampainya kami di Sg.Lembing, kami disambut oleh Encik Azemi dari PPOC (Persatuan Pemulihan Orang Cacat) yang biasa buat sampul surat rasmi tu, PPOC ni lah.

Lepas je habis minum pagi ala kadar je, kami terus pi ke Bukit Panorama. Seperti yang kebanyakan orang Kuantan ni tahu, Bukit Panorama ni femes jugak dengan keindahan alam sekitarnya, lagi-lagi boleh tengok sunrise you know! Tapi rezeki kami tak dapek nak tengok sebab sampai lewat lima puluh lima minit je :P

So, tak payah banyak ngomong, jom tengok gambar :)







Wahh, dah macam kat oversea pulak dah rasanya. Hihi. Memang satu pengalaman yang aku takkan lupakan. Sebab inilah pertama kalinya aku naik bukit woi~ Dahla dengan takda preparationnya, dengan takda warm-up nya main bantai terus panjat bukit T,T Memang the best lah! I olls sampai jugak kat atas okay atas berkat kesabaran Encik Azemi menunggu aku memanjat, pencapaian yang sangat membanggakan bagi diri sendiri lah -.- sebab bukit ni adalah dalam 1200 steps tau tak?!

Sampai kat atas around 7 lebih jugak dan langit masih cantik. Sempat lah snap-snap picture kat atas dengan student-student ni sume. Lepas je abes memanjat kena lah menurun balik kan, menggigil lah kaki ni tak payah bagitau lah kan. Bak kata pepatah, pandai naik pandai turun lah ye~

After done Bukit Panorama, terus sambung breakfast dan gerak ke Muzium Sungai Lembing, jalan kaki je ke sana sebab dekat je dengan PPOC. Lepas dah godek-godek barang-barang kat muzium terus pergi ke Sungai Lembing untuk next aktiviti  which is BERHANYUT :) 

Berhanyut ni adalah aktiviti berpelampung. Hanyut lah korang dari checkpoint yang dah ditetapkan sampai ke checkpoint penamatnya. Aktiviti yang sangat best sebab air boleh tahan laju jugak tapi tak dalam sangat lah. You should try!



























After done berhanyut, kami makan tengahari, rehat dan solat di PPOC. Untuk makluman, makan tengahari dan petang disediakan oleh PPOC :)
Bila semua dah kenyang, kami teruskan untuk aktiviti seterusnya iaitu melawat ke Terowong Bijih Timah yang femes yang baru bukak tu. Dari yang aku tahu, ada orang cakap, lombong ni adalah lombong bijih timah yang terbesar di DUNIA! Tapi aku sendiri pon tak berapa nak pasti tapi memang sangat best, feeling-feeling jalan dalam gua gituu :P

Dah letih berjalan dalam terowong tu, kami kena teruskan lagi dengan aktiviti berbasikal mengelilingi Sungai Lembing. Ni lah aktiviti yang paling aku tunggu-tunggu sebab memang dah lama tak naik basikal, bila dah dapat memang melaram sakan lah kan. Hehe.

Macam yang digambarkan seperti gambar-gambar diatas, memang masing-masing semua muka happy, sebab memang aktiviti-aktiviti yang kitorang buat sume memang dah lama tak buat. Sorilah memang aku sengaja letak gambar banyak-banyak bagi korang puas sikit sebab aku dah lama tak update belog. Boleh tak gitu? Hahaha~

Akhir sekali aku cuma nak cakap, belum cuba belum tahu! U guys shud go first kat Sungai Lembing ni dan cuba semua aktiviti ni sendiri! PPOC ada sediakan pakej untuk korang yang nak pegi balik hari ke, yang nak tido ke sume dia ada sediakan. So no worries lah! Semuaaa ada :)

Bytheway, thanks for reading guys! I do appreciate it :) 


Comments

Puan Eka said…
huwaaa bestnyer...

samelah macam eka ritu.pegi Royal Belum,Grik. Masa nak g Santuari Ikan Kelah,kena naik macam laluan tapi siap bertali la. Tinggi kot. Mengah gak la masa nak naik tu.. hahaha.. ngan gayatnyer.. cukup..

turun je gayat.. hahaha


Cik Zety said…
@Cik Eka cik eka, hehe, aah, memang sgt mengah sbb body xready kan..hehe ingt xnk naik tapi kena paksa naik tapi mmg the best :)
Unknown said…
waah dah macam rombongan cik kiah gittew.. hehe.. btw thanks for the wishes ye.. :)
Cik Zety said…
@Cik Aish hehe, welcome :) ni bukan rombongan Cik Kiah da, ni rombongan Pak Mail da gayanye~ heee
| CIKZEK | said…
kite yg org ktn ni pon xthu yg kt sg.lembing ade tmpt best cmni. huhuhu :)
Cik Zety said…
@♥ CIKZEK ♥ cik Z sila pergi jika anda Kuantanese ! hahaha :P
Unknown said…
Cik Zety, kita rindu Cik Zetyyyy! huhu. Woahh bestnya naik bukit! Ain pon dah berapa lama tak mendaki bukit! Permandangan cantik, subhanAllah :)
Cik Zety said…
@Ain SSBhuuu, terharu nyee ada org rindu kitee :P missyou too sweetie !
Aisya Ieyka said…
done follow , sis plezz follow bck http://aisyaieyka.blogspot.com
Aisy said…
done follow awak, harap awak follow kita balik... hehe.. saya blogger baru, baru nak belajar2 blogging, harap support ye.. tq... =)

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces