ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Tuesday, November 26, 2013

Review : Majlis Pertunangan Cik Zety - 23.11.13


Assalamualaikum ualls,

Pertama-tama sekalinya, iolls nak ucapkan syukur alhamdulillah, akhirnya iolls telah pun selamat menjadi tunangan orang pada 23 November 2013 yang lalu. hiks. Okay, let me story to ualls semua the kronologi majlis iolls ni.

Permulaan kisahnya, iolls telah dirisik oleh family belah lelaki seminggu selepas raya haritu and both family dah bersetuju untuk me-nunangkan (ada ke ayat ni?) anak teruna dan dara mereka pada bulan November tahun ini. So, dalam masa 2 bulan camtu lah iolls buat persiapan. Persiapan memang ala kadar je sebab iolls ni seorang yang jet-jet atau ayat penuhnya, yang into the bajet sikit orangnya. hihi. Kalau boleh jimat, iolls akan cuba sehabis baik berjimat. 

Tapi entri kalini iolls nak cerita tentang keseluruhan majlis. Untuk review satu-satu part or barang-barang yang digunakan, iolls cerita dalam entri berbeza. So kena up-to-date la dengan entri iolls kalau nak tahuuuu :P

Kronologi cerita..

21 November 2013
Iolls masih di Gambang dan lepas habis kerja jam 5 petang baru akan gerak balik ke Selangor. Barang semua dah packing tapi biasalah tah ada yang tertinggal ke ape ke kan. Gerak balik dari Gambang almost 6pm dan sampai di rumah around 8pm macam tu. Perjalanan di Genting Sempah ditemani hujan. Nasib baik iolls balik berdua dengan Mek Aisya.

22 November 2013
Iolls dah ada kat rumah, kemas-kemas rumah walaupun rumah memang dah kemas. This is the first experience untuk my family sebab iolls adalah anak pertama yang menunangkan diri kat rumah ni walaupun iolls anak kedua so takda pengalaman lagi. Disebabkan majlis ni memang masak sendiri, uolls paham-paham sendiri jela kepenatan tahap apa kan.

Tapi hari ni memang dah ramai saudara mara yang datang rumah untuk tolong-tolong apa yang patut. Rumah iolls memang havoc havoc hac havoc havoc waa cakap sama luuu~ huhu. Malam tu dekat pukul 1 pagi jugak lah iolls tido.

23 November 2013 
Inilah hari kejadian dimana pagi-pagi iolls dah bangun gosok baju apa sume. Pastu tengok-tengok barang hantaran sebab almaklumlah, sedara mara yang datang semuanya sponsor barang hantaran sorang sikit. ehe.

Jam 10 pagi camtu kawan iolls si Zati yang akan memekapkan iolls pun sampai. Dah mula siap-siap mekap dan pakai baju apa sume. Sekejap je masa berlalu dah nak dekat jam 12 tengahari dah & nasib baik iolls pon dah siap mekap dan pakai tudung. Kawan-kawan dah ramai yang datang dan macam biasa lah snap-snap pic.

Bila iolls dengar ada yang cakap, pihak lelaki dah sampai iolls dah mula rasa berdebar dan sakit perut. Ahhh sudah. huhu. Tapi nasib baik dorang pegi makan dulu baru bincang. So, iolls pun lepak-lepak dalam bilik je. Dalam tengah lepak tu dengan Mek Aisya berdua je, tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Dah nak sarung cincin rupanya! Okay, uolls tengok jela gambar kat bawah ni lagi senang kan :P

 
Saat-saat mendebarkan iolls~ Tak tahu nak buat muka camna :P
 
 Thank youu to my dear Zati for the makeup! I love it :D
 
 
 
 Thankyouuu mommy-to-be Emma yang sanggup drive dari Puchong nun huhu
 
Iolls with my makeup artist, Zati :P
 
 Iolls with cousins! Thankyouuu Grup Cucu Tok Mat!
 Iolls with lovely sibling! Si kecik lagi sorang tak dapat ditemui hehe
 Err..kenalkan iolss punya encik tunang..senyum malu-malu..hohoho
 Kawan sekolah rendah yang sudi memeriahkan majlis. Sayang korang!
 
With iolls punya besfwenn forevahh okay! Thankyouu dear Mira for being such a helpful friend! Love you!
 
My beautiful mama! Thank youu mama for being such a lovely mom for me! Muahh!
 
Ni pulak encik abah! Tulang belakang majlis. Thankyouuu abah! Muahhh!
 Yang ni pulak, jejaka macho a.k.a mybesfwenn too! Encik Photographer pun beliau jugak! Thank youuu weh hang banyak tolong aku :')

Barang hantaran iolls yang warna pink-peach tu, yang pihak lelaki pulak purple-turquoise tu. Hantaran 7 berbalas 15. Haaaa amekau~














 

 





Sampai sini jelah iolls kongsikan gambar yang ada handset iolls. Untuk gambar dari official photographer, iolls akan kongsikan kemudian. Untuk segmen review iolls akan buat satu-satu khas untuk uolls.

Lastly, iolls nak ucapkan jutaan terima kasih dekat mama, abah dan family yang jadi tulang belakang majlis ni, kepada sedara mara yang banyak sponsor untuk barang hantaran dan jugak pelamin, turut tak ketinggalan big thanks to those yang sudi datang ke majlis iolls yang tak seberapa ni. 

Memang tak dinafikan iolls tak banyak kongsi tentang majlis ni sebab iolls buat kecik-kecik je, kepada yang tak dijemput, iolls mintak maaf bukan taknak jemput tapi iolls taknak susahkan sebab tahu banyak kawan-kawan iolls yang duduk jauh-jauh. So, iolls akan jemput korang untuk big day nanti, okay? Jangan tak datang pulak. Hehe.

Till then, thanks for reading. Nantikan entri iolls untuk review pelamin tunang dan yang lain-lain :)




 






  


Like dan komen lah kalau suka :)

2 orang dah komen. Awak taknak ? :):

Cik Eka said...

tahniah zety. Selamat menempuh alam pertunangan yg sangat mencabar.

Semoga sentiasa banyak bersabar tau.

awak, shawl cantik buat ke beli

Cik Zety said...

@Cik Eka tQ Cik Eka..huhu..risau pulak dengar cenggitu..huhu..tudung tu Zety buat sendiri :)