Review : Tudung/Veil Tunang

Assalamualaikum,

Oh..rasa lama tak update untuk section review persiapan tunang haritu.Well, untuk makluman, Kuantan kini dilanda banjir dan hujan tanpa henti. Bab ni, iolls update lain okay? Nantikann :)

Berbalik kepada tajuk entri iaitu Review : Tudung/Veil Tunang. Alkisahnya, rancangan mula-mula dulu konon-konon nak pakai tudung bawal lepastu pakai veil kat atas dia. Last-last, pakai macam tudung sajaa.

Untuk makluman semua, tudung untuk tunang haritu iolls buat sendiri ye. Sebab ramai jugak kawan-kawan yang tanya, Cik Eka, blogger peymes pun ada tanya. So, iolls D-I-Y je uolls.

Meh iolls ajarkan cara-caranya. Mula-mula iolls beli kain chiffon kosong je dekat Kamdar. Iolls beli dalam 2 meter setengah kalau tak silap. After that iolls potong mengikut bentuk half moon dan hantar jahit tepi.

Kos jahit tepi adalah RM4 untuk jahit tepi tudung. Uolls kena mention cakap nak jahit tepi untuk tudung kalau tak dia jahit tepi yang biasa tu je. Lepastu iolls beli lace dan manik-manik yang sesuai dengan warna baju iolls.

Lace memang agak mahal sikit tapi untuk majlis sendiri kan so worth it lah. Uolls kalau pandai carilah time ada discount ke so jimat sikit. Macam gambar kat bawah ni, iolls gunting dan jahit lace tu macam biasa iolls jahit baju. Huhu :D


 
 Lepastu iolls jahit lah seketul-seketul manik tu ikut sukahati iolls :P

 
Mula-mula iolls tabur je dulu untuk tengok rekaletak manik tu (amboi guna ayat grafik pulak :P)
Lepastu baru lah sesi jahit menjahit manit dimulakan :)

  
Sesi jahit menjahit dibuat di dalam bilik iolss je. Lepas balik kerja terus berdesup siapkan tudung :) (eksaited la konon)

 
After dah siap, try matching kan dengan baju. Alhamdulillah, nampak matching dan yang penting iolls sukaaaa :D

 
Rasa happy sangat bila tengok hasil kerja sendiri. Memang rasa puas dan yang paling penting. JIMAT!




  
(Handbouquet handmade by mybestfren)

So, kesimpulannya kat sini, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Kalau kita rajin dan nak sesuatu tu mengikut kehendak kita, kita akan usaha untuk dapatkannya. Betul tak? And yes, untuk kahwin nanti pun iolls akan try DIY 'something' :D Kalau nak tahuu, kena tunggu laaa!

Thank youu for reading! Nantikan next review pulaks :)





Comments

Unknown said…
serius buat sendiri? pandainya..macam beli je..:)
Cik Zety said…
@Nur A.Z huhu, thanks..terharuu..mmg buat sndiri dear :)

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

Me & Braces

6 Kelebihan 'Single Mingle'