This is Pantai Timur BANJIR!


Salam,

Banjir banjir banjir. Itulah bencana alam yang sedang melanda kawasan tempat iolls sekarang ni. Walaupun iolls duduk jauh sikit dari bandar which is Batu 11, iolls masih dapat menerima tempiasnya. Seperti yang diketahui umum, pantai timur sering mengalami kejadian banjir ni every hujung tahun. Memang dah pasti dan yakin dah, musim tengkujuh akan datang jugak.

Harini, 5 Disember 2013, cuaca di Gambang sangat baik. Matahari dah mula memunculkan diri. Tapi suasana kat bandar lainlah pulak ceritanya. Kadang-kadang iolls rasa macam ada 2 negeri berbeza dekat area Gambang-Kuantan ni. Dari Gambang cerah je, nyaman je, nak masuk kawasan Batu 10, area Taman Tas sana tiba-tiba gelap, hujan, ribut, apa sume. Takut sangat.

Iolls simpati sangat dekat kawan-kawan opis, dan orang ramai yang terpaksa face dengan kejadian banjir ni. Opismate iolls sendiri dilanda banjir kat rumah dia & tak dapat datang opis. Alhamdulillah area rumah iolls tak terkena serangan banjir ni. Antara area-area yang teruk dilanda banjir ni, Permatang Badak, Bukit Rangin, Sungai Isap, Cenderawasih dan area bandar sendiri teruk.

 
 
 
 
 

Kalau tengok gambar pun memang tak tahu nak cakap macam mana. Hari Selasa haritu, pagi-pagi nak pergi kerja, jalan besar depan area taman memang jem panjang sangat. Rupa-rupanya, jalan dekat Batu 12 dah naik air. Memang tak lepas kalau kereta biasa nak lalu. Sudahnya, iolls pusing balik rumah je haritu. Memang ramai yang terkandas. 

Dan dalam 2-3 hari hujan ni, banyak jalan-jalan yang rosak, berlubang teruk dan memang agak bahaya sangat bagi penunggang motor dan kereta yang lalu. Itu belum dikira dengan faktor pokok tumbang, papan tanda jatuh dan macam-macam lagi. If ada antara korang yang nak hulurkan bantuan, boleh hubungi nombor yang tertera dekat bawah ni :

Sukarelawan (Pensyarah UMP)
Mohamad Zairi Baharom 159012631301 (MAYBANK)
Whatsapp atau SMS di 0199330270

Kesimpulan yang iolls boleh buat kat sini, kita hanya mampu berdoa semoga banjir ini tidak berlarutan dan pihak-pihak berwajib dah boleh mainkan peranan awal so then perkara ni tak berulang atau jadi lebih teruk lagi pada masa akan datang. Kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat, semoga tabah dan diharapkan bantuan mencukupi untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Till then, terima kasih sudi baca. Harap-harap petang ni tak hujan lah hendaknya. huhu. 

Sumber gambar dari FB Page : KUANTAN

Comments

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces