ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Wednesday, March 27, 2013

Juara Fear Factor Selebriti Malaysia?


Juara~ Siapa ek? Korang agak-agak siapa?

Fear Factor Selebriti Malaysia siapa tak tahu yedok? Rancangan TV realiti popular ni adalah satu fenomena yang tengah melanda kaki-kaki TV sekarang ni. Mostly, yang tengok mesti peminat abam Aron Ajis kan? :P

Dan lagi peminat Hairul Azreen, Elfira, Zoey, Ezlynn, Kaka, peminat GAMBIT (kenapa kena bold?) dan peminat artis-artis lain yang join. Ramai jugak artis-artis yang ada kebarangkalian untuk menang tu. Jeng~jeng~jeng

 Antara peserta Fear Factor Selebriti Malaysia

Macam-macam rintangan jua halangan yang dorang kena tempuh kan? Kesian jugak kadang tapi nak buat macam mana, yang dapat duit tu dorang jugak :P 
Ada yang takut katak la, takut ketinggian laa tapi redah je sebab nak menang. Sapa taknak menang woi! 

Dalam banyak-banyak peserta, antara yang aku suka tengok adalah geng Elfira & Ajak. Hehe, kesian tengok si Elfira tu dalah kecik je tapi kuat semangat okay~ Kalau aku taktahuu la sampai stage berapa. Paling tak boleh belah yang part katak tu. Hehe~

Untuk makluman, sekarang dah pun masuk ke pusingan FINAL weh FINAL. Siapalah yang bakal merangkul gelaran juara Fear Factor Selebriti Malaysia ni ek? If ditanya siapa yang patut menang, calon-calon yang ada harapan menang adalah seperti berikut :

- Zoey & Dafi
- Ajak & Elfira
- Hairul & Dazrin

Hihi~ Sekian itu saja pilihan & tekaan aku buat masa ni. Rancangan ni tak menggunakan undian pon so sama-samalah kita saksikan FINAL FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA pada Sabtu ni jam 9.00 malam! Jom jom!

Aaron Aziz : Jomlah tengok I buat kali terakhir ni u'alls~ *renungan menggoda*

Thanks for reading guys! See yaa! :)

 


Like dan komen lah kalau suka :)

Monday, March 11, 2013

Kerusus Kehwin


Assalamualaikum bloggerians!


Dua minggu lepas aku telah pun selamat mengikuti kelas kahwin atau lebih tepatnya Kursus Kahwin. Eh, jangan nak pikir yang bukan-bukan okay~ Aku cuma pergi kursus je pun. Takda perancangan nak kawen lagi pun.

Masih sibuk bekerja dan mengumpul uwang ye teman-teman. Alkisahnya, kat tempat aku keja ni ada buat pengumuman tanya siapa nak join kursus kawen. Aku pon macam baru sedar yang aku still tak pegi lagi kursus kawen. Time kat poli dulu ada juga buat tapi malu nak pergi sebab rasa macam muda je lagi (Padahal bukan dia suruh kawen pon kalau nak amek kursus tu). 

So, bila dah kat tempat kerja nak buat, siap dengan harga murah lagitu (harga student), aku pon bagi jelah nama. Tarikh yang diberi pun, aku tengah takda apa-apa kerja so join jelah.





Hari pertama kursus, untuk slot yang pertama tu memang agak bosan. Bukan agak lah, memang bosan sikit sebab mood tak datang lagi kot. Hoho. Tapi masuk slot yang kedua dan seterusnya dah boleh bagi perhatian lah dekat penceramah.
Banyak juga lah benda-benda yang dok belajar time sekolah agama dulu, dia refresh balik. Bila ingat-ingat balik, macam payah jugak nak kawen ni weh!

Untuk hari kedua, penceramah semakin best sebab pandai tarik perhatian kita. Kira ada buat-buat lawak sikitlah. Tapi mostly orang cakap kalau pergi kursus kawen mesti penceramah tu akan cerita mostly tentang hal hal 'itu' dan tanpa tapis tapi alhamdulillah kursus yang aku pergi ni semuanya cerita bertapis-tapis sikit sebab ramai student kot :P
 


 

Tengoklah kat dalam dewan ni pun stil boleh bergambar lagi. Pompuan biasalah :P Tapi yang tak boleh belah siap boleh tidor lagi mek kat sebelah tu. Hoho. Kesimpulannya untuk kursus kawen ni, pada siapa yang nak kawen tu memang WAJIBUL GHUNNAH  lah kursus kawen ni kan. Bila dengar prosedur nak kawen tu rasa macam, okay takpelah, rilek-rilek dulu la kawen ni -.-''

Untuk dua hari kursus kawen ni, aku banyak dapat tahu dan ingat balik tentang hak-hak dalam perkahwinan, tentang sikap, kesihatan keluarga dan banyak lagi. Memang bagus diadakan kursus kawen ni supaya boleh jadi reminder untuk pasangan yang nak berkahwin :)

Okay, kursus kawen dah, lepasni apa pulak? Hehehe~

Thanks for reading! 


Like dan komen lah kalau suka :)

Sunday, March 10, 2013

Kawan baik saya dah KAHWIN!


Homai homaii!


Ini tidak adil tidak adil bagiku~

Haha, okay, assalamualaikum korang! Belum ape-ape dah merepek aku ni. Aku bukan apa, cuma macam tak pecaya je kawan aku yang sorang ni nak kawen tapi pada saat aku sedang menaip ni, beliau dah selamat pun kawen :)


Akhirnya kawen jugak kau Timah :') Aku happy untuk kau weh. *Sori gambar ni je yang ada dalam phone aku buat masa ni* 

Fatimatul Zariah, nama sebenar Timah telah pun berkawen dengan jejaka pilihan hati, buah pinggang dan jantung beliau. Diorang berdua ni satu poli dengan aku dan sama-sama mengenali antara satu sama lain kat poli lah macam aku dengan ehem jugak. HAHAHAHA. Kira time diorang berdating dulu pon, kadang-kadang aku ada jugak :P

Banyak dah dugaan yang dorang lalui tapi alhamdulillah dengan sekali lafaz Timah dah sah jadi isteri si Kerol ni ha. Kerol ko jaga Timah elok-elok okay? Jangan nak nakal-nakal sangat lah. Pastu cepat-cepat dapat baby sebab teringin nak main dengan baby korang hehe.

So, pada 9 Februari 2013 yang lepas (sori dah basi sikit) aku dengan ehem pun datang la kenduri si Timah ni. Mana boleh tak datang, Timah kawen kot?! Famili aku pon sanggup datang dari jauh tau sebab nak tengok Timah sanding hoho.

Aku malas nak taip panjang-panjang sebenarnya. Senang cite aku letak gambar jela sebab bila letak gambar tak payah taip, kan? :B

Picture credit to official photographer Timah merangkap mybestfriend too! 
Si Ajish :) -Double Alpha Photography-






 

Cantiknya Timah masa hari dia kawen haritu. Kiut miut sangat :) Muka bahagia je. Yelah nak kawen mestilah happy kan. Bytheway, SELAMAT BERBAHAGIA KAWAN. Aku doakan yang terbaik untuk kau :') Jadi isteri yang solehah ye? Bab masak tu kau memang da terel dah, sedap weh si Timah ni masak. Hehe. Untung si Kerol. Kalau tak membesor jugak si Kerol tu taktau la nak kata apa.

Masa kat wedding kawan ni lah jugak dapat jumpa dengan kawan-kawan lama tapi gambar banyak dekat kamera/handphone orang lain. Hikhik. So, tak dapat nak kongsi gambar dengan korang. 

Next sapa pulak? Hihi, rasa macam satu perasaan yang tak dapat nak gambarkan bila kite pegi wedding kawan-kawan yang sama-sama belajar dulu, membesar ke satu sekolah ke. Speechless weh! Itu menunjukkan yang betapa cepatnya masa berlalu :) Harini mungkin aku sedang menaip tentang perkawenan kawan aku, mungkin esok lusa aku akan menaip tentang perkawenan aku sendiri. AMIN :)

Semua duk tanya, bila giliran aku? Haaa, itu kena tungguuuu laa ye? :D

Thanks for reading, jumpa lagi next entri!

 

Like dan komen lah kalau suka :)

Friday, March 8, 2013

I do love you!




 

The only adik perempuan yang aku ada :)
Manja semanja-manjanya.


Kakak sayang Uwin.





Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, March 7, 2013

Saya gunakan produk ini lah . . .


Assalamualaikum!

Hari tu kan dalam Instagram kan, ada sorang kawan ni kan komen kan cakap kulit muka kite ni kan cantik kan (blushing kejap). Haha. And she asked for my rahsia kecantikan? Adoi~


Okay, camnilah, aku rasa muka aku biasa-biasa je. Cuma jarang lah nak ada masalah jerawat kecuali time nak datang bulan. Tu pun jarang lah. Memang sangat bersyukur lah sebab dulu muka aku memang jerawat suka lepak. Siap ajak kawan-kawan lagi. Ok fine.

Untuk makluman, untuk produk muka, such as pencuci muka, aku pakai Biokos dan kadang-kadang pakai Safi Gamat. Untuk toner dan pelembap memang aku pakai satu set Biokos. Sebab apa? Sebab aku rasa kulit muka aku makin better since aku pakai produk ni.

Lagi pulak, aku ada minum satu minuman kesihatan ni, Reveille. Reveille ni lebih kurang macam kolagen kesihatan la. Takpayah cucuk kolagen just minum air je. Mudah dan boleh hilangkan haus korang kan? :P

 

Kolagen Reveille adalah suplemen protein kolagen dan pelangsingan yang berkualiti premium kerana :

-  Ia telah dihidrolisiskan secara enzimatik (yang telah dicernakan sebelumnya) untuk penyerapan cekap dan lengkap.
-  Mengandungi kalogen kepekatan tinggi kualiti premium dalam setiap sachet.

Ia boleh membantu :-
1.  Kurangkan lemak badan
2.  Tingkatkan metabolisme
3.  Meningkatkan tahap tenaga
4.  Sokong struktur dan fungsi sendi
5.  Tingaktkan kualiti rambut, kulit dan kuku
6.  Pengekalan dan sokongan tisu otot
7.  Tidur yang lebih lena

Nak tahu kelebihannya? Banyak sangat! Memang berkhasiat dan sesuai diconsume untuk semua golongan umur. Lagi-lagi yang bekerja memang kena dapatkan khasiat tambahan.

Ni bukan entri jualan langsung ye tapi entri berkongsi :) Manalah tau ada yang kat luar tu memang tengah cari produk yang sesuai ke kan? Tapi bila orang dah kata kulit kita cantik, mulus, gebu maknanya produk tu dah membuahkan hasil la nampaknya. Cuma aku ni je kadang-kadang bila datang mood malas tu memang terlepas jugak minum benda alah ni. Yang penting kena konsisten ye puan-puan sekalian.

  

*face without makeup*

 Eh, banyak pulak aku membebel ni. Next time aku kongsi pasal benda lain pulak okay? Stay tuned! Thanks for reading :)



Like dan komen lah kalau suka :)

Trip to Sungai Lembing 2013


Assalamualaikum, 

Hai korang, lama dah tak usik belog ni. Taknak banyak ngomel, nak cerita kat korang pasal pengalaman aku ke Sungai Lembing baru-baru ni. Alkisahnya trip ke Sungai Lembing ni untuk budak-budak international ni haa. So, as an International Office staf, kenalah meng-joinkan diri jugak.

Well, gerak dari UMP jam 5.30 pagi Sabtu tu sebab keta Mek Sal rosak (plan asal kena gerak sebelum jam 5 pagi). Sesampainya kami di Sg.Lembing, kami disambut oleh Encik Azemi dari PPOC (Persatuan Pemulihan Orang Cacat) yang biasa buat sampul surat rasmi tu, PPOC ni lah.

Lepas je habis minum pagi ala kadar je, kami terus pi ke Bukit Panorama. Seperti yang kebanyakan orang Kuantan ni tahu, Bukit Panorama ni femes jugak dengan keindahan alam sekitarnya, lagi-lagi boleh tengok sunrise you know! Tapi rezeki kami tak dapek nak tengok sebab sampai lewat lima puluh lima minit je :P

So, tak payah banyak ngomong, jom tengok gambar :)







Wahh, dah macam kat oversea pulak dah rasanya. Hihi. Memang satu pengalaman yang aku takkan lupakan. Sebab inilah pertama kalinya aku naik bukit woi~ Dahla dengan takda preparationnya, dengan takda warm-up nya main bantai terus panjat bukit T,T Memang the best lah! I olls sampai jugak kat atas okay atas berkat kesabaran Encik Azemi menunggu aku memanjat, pencapaian yang sangat membanggakan bagi diri sendiri lah -.- sebab bukit ni adalah dalam 1200 steps tau tak?!

Sampai kat atas around 7 lebih jugak dan langit masih cantik. Sempat lah snap-snap picture kat atas dengan student-student ni sume. Lepas je abes memanjat kena lah menurun balik kan, menggigil lah kaki ni tak payah bagitau lah kan. Bak kata pepatah, pandai naik pandai turun lah ye~

After done Bukit Panorama, terus sambung breakfast dan gerak ke Muzium Sungai Lembing, jalan kaki je ke sana sebab dekat je dengan PPOC. Lepas dah godek-godek barang-barang kat muzium terus pergi ke Sungai Lembing untuk next aktiviti  which is BERHANYUT :) 

Berhanyut ni adalah aktiviti berpelampung. Hanyut lah korang dari checkpoint yang dah ditetapkan sampai ke checkpoint penamatnya. Aktiviti yang sangat best sebab air boleh tahan laju jugak tapi tak dalam sangat lah. You should try!



























After done berhanyut, kami makan tengahari, rehat dan solat di PPOC. Untuk makluman, makan tengahari dan petang disediakan oleh PPOC :)
Bila semua dah kenyang, kami teruskan untuk aktiviti seterusnya iaitu melawat ke Terowong Bijih Timah yang femes yang baru bukak tu. Dari yang aku tahu, ada orang cakap, lombong ni adalah lombong bijih timah yang terbesar di DUNIA! Tapi aku sendiri pon tak berapa nak pasti tapi memang sangat best, feeling-feeling jalan dalam gua gituu :P

Dah letih berjalan dalam terowong tu, kami kena teruskan lagi dengan aktiviti berbasikal mengelilingi Sungai Lembing. Ni lah aktiviti yang paling aku tunggu-tunggu sebab memang dah lama tak naik basikal, bila dah dapat memang melaram sakan lah kan. Hehe.

Macam yang digambarkan seperti gambar-gambar diatas, memang masing-masing semua muka happy, sebab memang aktiviti-aktiviti yang kitorang buat sume memang dah lama tak buat. Sorilah memang aku sengaja letak gambar banyak-banyak bagi korang puas sikit sebab aku dah lama tak update belog. Boleh tak gitu? Hahaha~

Akhir sekali aku cuma nak cakap, belum cuba belum tahu! U guys shud go first kat Sungai Lembing ni dan cuba semua aktiviti ni sendiri! PPOC ada sediakan pakej untuk korang yang nak pegi balik hari ke, yang nak tido ke sume dia ada sediakan. So no worries lah! Semuaaa ada :)

Bytheway, thanks for reading guys! I do appreciate it :) 



Like dan komen lah kalau suka :)