ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Friday, November 29, 2013

Review : Hantaran Tunang


Assalamualaikum & good day to everyone,

Entri kali ini, iolls nak kongsikan dan #throwback tentang "Hantaran Tunang" iolls haritu pulak sebab entri lepas iolls story tentang "Pelamin Tunang". Untuk makluman uolls, hantaran kali ni memang iolls D-I-Y je sebab nak cut cost yang tak perlu dan nak berjimat. As for me, selagi iolls boleh buat benda tu iolls akan buat sendiri.

Okay, memang mula-mula iolls takda idea macam mana nak hias bakul hantaran ni sebab iolls tiba-tiba jadi blank. Hahaha. Kalau buatkan untuk orang ada je idea mencurah-curah tapi bila tiba giliran diri sendiri punya terus hilang segala idea haa.

Most of bekas hantaran ni adalah dari produk jualan mymom. Mymom memang jual macam-macam dekat rumah ni. Businesswoman lah lebih kurang. Hihi. So, memang dah agak save dekat sini sebab mymom yang sponsor semua bekas hantaran dan ada yang separuh lagi, pinjam dari my aunt.

 

 

Konon-konon pegi Nilai nak cari bunga. Last-last beli bunga dekat dengan area rumah je sebab lagi double triple murah uolls~ Yang renda warna pink dengan kain satin krim tu je beli dekat Nilai 3.



 
 Memang gigih sangat sebab masa yang terhad nak buat semua hiasan untuk bekas hantaran ni. Iolls sempat balik 3 hari je untuk siapkan semua lepastu balik Kuantan semula :'O

 
Nilah dia tulang belakang bagi hiasan untuk hantaran. Kalau beliau takda, pengsan lah hamba. Huhu. Mybestfren ever, Cik Mira, thankyouu for helping me alot! 
Me lavyuu :)



 
DONE! Tinggal nak letak barang je :) 

Dan yang berikut antara beberapa hantaran dari pihak iolls untuk pihak lelaki :)




 








 

Dan tak lupa juga percubaan untuk buat bunga kertas. Huhu. Iolls banyak search dekat Youtube dan cuba buat sikit-sikit guna tisu dekat opis. Lastly, iolls did it! Tapi on that special day, bunga kertas ni tak guna pun :P iolls buat hiasan letak dalam bilik :) 


Kesimpulannya, memang buat sendiri lebih memberi kepuasan dan menjimatkan. Pada korang yang tengah cari idea nak hias hantaran ke, nak buat bunga kertas ke, search je dekat Youtube, memang sangat banyak dan membantu. 

Berjimatlah selagi boleh sebab maybe duit tu boleh kita guna untuk perkara lain yang lagi penting ke kan? Up next, iolls akan update review tentang Veil Tunang pulaks! Nantikan~

Till then, happy reading :D



Like dan komen lah kalau suka :)

Wednesday, November 27, 2013

Review : Pelamin Tunang


Assalamualaikum,

Hi, okay kali ni iolls nak review tentang Pelamin Tunang iolls haritu. Untuk makluman, pelamin iolls adalah buatan tangan iolls dan keluarga. Do-it-yourself je bak kata omputih :P


Pentas kecik untuk duduk tu, myhandsome abah yang buatkan. One day before majlis tu, iolls balik, tengok-tengok pelamin dah siap tersergam indah tinggal nak hias bunga dan kain je. Pentas kecik untuk duduk tu memang dah tersergam indah kat satu sudut. Thankyouu abah :')

Kain tabir warna krim tu pulak, makcik sedara iolls bagi pinjam, so just lekat guna stapler gun je. Susun cantik-cantik bagi nampak beralun gitew. Bunga-bunga yang ada kat pelamin semuanyaaaaa adalah jasa baik dari makcik dan kawan mama yang bagi pinjam jugak untuk digunakan for my E-Day ni.



Most of all, pelamin ni memang sangat tak banyak keluar duit, kos untuk disiapkan. Iolls cuma beli lapik/alas macam carpet lembut warna pink tu je dekat Kamdar yang berharga RM20. Sekarang iolls guna letak kat dalam bilik hehe.

Kain yang warna pink pekat dan putih tu beli dekat Nilai dengan harga diskaun. Tak ingat lah pulak berapa harganya tapi memang murah. Beli dekat kedai yang ada jual longgok-longgok tu je okay.

Pelamin iolls ni memang takde bantal or lampu sebab iolls tak sempat dan out of bajet untuk membeli kedua-dua barang tersebut. Tapi, still gojes okay :P

Iolls memang berterima kasih sangat kepada kawan-kawan, sedara mara yang banyak membantu sepanjang persiapan majlis ni. Nantikan pulak entri review iolls punya VEIL pulak okay? 

Till then, thanks for reading :)

Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, November 26, 2013

Review : Majlis Pertunangan Cik Zety - 23.11.13


Assalamualaikum ualls,

Pertama-tama sekalinya, iolls nak ucapkan syukur alhamdulillah, akhirnya iolls telah pun selamat menjadi tunangan orang pada 23 November 2013 yang lalu. hiks. Okay, let me story to ualls semua the kronologi majlis iolls ni.

Permulaan kisahnya, iolls telah dirisik oleh family belah lelaki seminggu selepas raya haritu and both family dah bersetuju untuk me-nunangkan (ada ke ayat ni?) anak teruna dan dara mereka pada bulan November tahun ini. So, dalam masa 2 bulan camtu lah iolls buat persiapan. Persiapan memang ala kadar je sebab iolls ni seorang yang jet-jet atau ayat penuhnya, yang into the bajet sikit orangnya. hihi. Kalau boleh jimat, iolls akan cuba sehabis baik berjimat. 

Tapi entri kalini iolls nak cerita tentang keseluruhan majlis. Untuk review satu-satu part or barang-barang yang digunakan, iolls cerita dalam entri berbeza. So kena up-to-date la dengan entri iolls kalau nak tahuuuu :P

Kronologi cerita..

21 November 2013
Iolls masih di Gambang dan lepas habis kerja jam 5 petang baru akan gerak balik ke Selangor. Barang semua dah packing tapi biasalah tah ada yang tertinggal ke ape ke kan. Gerak balik dari Gambang almost 6pm dan sampai di rumah around 8pm macam tu. Perjalanan di Genting Sempah ditemani hujan. Nasib baik iolls balik berdua dengan Mek Aisya.

22 November 2013
Iolls dah ada kat rumah, kemas-kemas rumah walaupun rumah memang dah kemas. This is the first experience untuk my family sebab iolls adalah anak pertama yang menunangkan diri kat rumah ni walaupun iolls anak kedua so takda pengalaman lagi. Disebabkan majlis ni memang masak sendiri, uolls paham-paham sendiri jela kepenatan tahap apa kan.

Tapi hari ni memang dah ramai saudara mara yang datang rumah untuk tolong-tolong apa yang patut. Rumah iolls memang havoc havoc hac havoc havoc waa cakap sama luuu~ huhu. Malam tu dekat pukul 1 pagi jugak lah iolls tido.

23 November 2013 
Inilah hari kejadian dimana pagi-pagi iolls dah bangun gosok baju apa sume. Pastu tengok-tengok barang hantaran sebab almaklumlah, sedara mara yang datang semuanya sponsor barang hantaran sorang sikit. ehe.

Jam 10 pagi camtu kawan iolls si Zati yang akan memekapkan iolls pun sampai. Dah mula siap-siap mekap dan pakai baju apa sume. Sekejap je masa berlalu dah nak dekat jam 12 tengahari dah & nasib baik iolls pon dah siap mekap dan pakai tudung. Kawan-kawan dah ramai yang datang dan macam biasa lah snap-snap pic.

Bila iolls dengar ada yang cakap, pihak lelaki dah sampai iolls dah mula rasa berdebar dan sakit perut. Ahhh sudah. huhu. Tapi nasib baik dorang pegi makan dulu baru bincang. So, iolls pun lepak-lepak dalam bilik je. Dalam tengah lepak tu dengan Mek Aisya berdua je, tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Dah nak sarung cincin rupanya! Okay, uolls tengok jela gambar kat bawah ni lagi senang kan :P

 
Saat-saat mendebarkan iolls~ Tak tahu nak buat muka camna :P
 
 Thank youu to my dear Zati for the makeup! I love it :D
 
 
 
 Thankyouuu mommy-to-be Emma yang sanggup drive dari Puchong nun huhu
 
Iolls with my makeup artist, Zati :P
 
 Iolls with cousins! Thankyouuu Grup Cucu Tok Mat!
 Iolls with lovely sibling! Si kecik lagi sorang tak dapat ditemui hehe
 Err..kenalkan iolss punya encik tunang..senyum malu-malu..hohoho
 Kawan sekolah rendah yang sudi memeriahkan majlis. Sayang korang!
 
With iolls punya besfwenn forevahh okay! Thankyouu dear Mira for being such a helpful friend! Love you!
 
My beautiful mama! Thank youu mama for being such a lovely mom for me! Muahh!
 
Ni pulak encik abah! Tulang belakang majlis. Thankyouuu abah! Muahhh!
 Yang ni pulak, jejaka macho a.k.a mybesfwenn too! Encik Photographer pun beliau jugak! Thank youuu weh hang banyak tolong aku :')

Barang hantaran iolls yang warna pink-peach tu, yang pihak lelaki pulak purple-turquoise tu. Hantaran 7 berbalas 15. Haaaa amekau~














 

 





Sampai sini jelah iolls kongsikan gambar yang ada handset iolls. Untuk gambar dari official photographer, iolls akan kongsikan kemudian. Untuk segmen review iolls akan buat satu-satu khas untuk uolls.

Lastly, iolls nak ucapkan jutaan terima kasih dekat mama, abah dan family yang jadi tulang belakang majlis ni, kepada sedara mara yang banyak sponsor untuk barang hantaran dan jugak pelamin, turut tak ketinggalan big thanks to those yang sudi datang ke majlis iolls yang tak seberapa ni. 

Memang tak dinafikan iolls tak banyak kongsi tentang majlis ni sebab iolls buat kecik-kecik je, kepada yang tak dijemput, iolls mintak maaf bukan taknak jemput tapi iolls taknak susahkan sebab tahu banyak kawan-kawan iolls yang duduk jauh-jauh. So, iolls akan jemput korang untuk big day nanti, okay? Jangan tak datang pulak. Hehe.

Till then, thanks for reading. Nantikan entri iolls untuk review pelamin tunang dan yang lain-lain :)




 






  


Like dan komen lah kalau suka :)