ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Tuesday, August 5, 2014

Alkisah Lebaran 2014


Salam lebaran buat semua pembaca setia belogku ini,

Rasanya masih panas lagi kan kalau nak update cerita pasal raya 2014. Apakah cerita raya kali ni? Cerita kali ni adalah tahun ini punya raya adalah raya terakhir sebagai dara pujaan. Kihkih :P

As for next year punya raya am gonna be a mummy eh a wifey :) Doakan yang baik-baik eh? Iols pun nak jugak merasa kena iron baju suami malam raya, 'ojus' nak balik kampung sapa untuk raya pertama dan sebagainya. Bagi lah can sikit :P

Okay, cerita raya tahun ni, tahun 2014 adalah sederhana saja dari segala benda. Well, untuk tahun ni rumah baru abah dah siap so beraya di rumah baru ler kite. Rumah baru pulak dekat aje dengan rumah opah dan makcik-makcik sedara so memang kenyang la makan open house umah depa. Raya tahun ni mama decide untuk menggunapakaikan tema Royal Blue. Dan bila duk scroll Instagram, ramai rupanya yang bertemakan Royal Blue raya tahun ni antaranya Aron Ajis & family, Zizang dan Imah, Tun M, dan ramai lagi lah. So, dah macam Raya Theme of The Year pulak :P


Wajah seorang yang bakal menamatkan zaman bujang :P InsyaAllah. Alkisah baju raya ni adalah dibeli pada sehari sebelum raya. Beli dekat pasar pagi je haaa. Kau ada? Motip tahun ni adalah malas bebenau nak keluar survey baju raya. Ada jugak survey tapi takdak yang berkenan. Last-last sehari sebelum raya teman mama keluar beli barang tengok warna macam sesuai je dengan tema terus grab. Malas nak pikir dah. Yang penting baju raya pertama kena sama dengan family hehe. 


Walaupun baju beli kat pasar je haruslah nampak vogue okay. Kihkih. Haruslah menepati tema dan kehendak jiwa. Bosan dah asyik pakai baju kurung aje. Hari-hari pi ofis pakai baju kurung. Sekali sekala kenalah tukar selera pulak.

Keluarga ROYAL Blue hehe



Haa, gambar kat bawah ni dah masuk raya yang kedua dah. Baju adalah recycle dari baju kawen Saallaluna. Takda masa nak carik baju dan malas nak membazir giteww. Tudung je beli kat pasar malam.



Yang bawah ni pulak dah raya kelima & keenam. Raya ketujuh dah kena balik Kuantan dah. So far, raya kalini still lagi macam raya sebelum-sebelum ni. Melawat rumah kawan-kawan. 



   
Alkisah sekian sahaja cerita raya 2014 daripada saya. Cerita korang pulak macam mana?

Thanks for reading :D


Like dan komen lah kalau suka :)

0 orang dah komen. Awak taknak ? :):