Penggunaan Mascara untuk Mata Yang Galak
Salam & good day uolls,
Harini Zety nak share dengan korang
bab-bab kecantikan. As for make-up, bahagian mana yang korang prefer untuk
tonjolkan. I mean, bahagian mana yang korang lagi titik beratkan kalau nak
keluar or jumpa orang? Macam Zety, Zety more to make-up mata. Yelah, bak kata
orang zaman dulu dan zaman sekarang ni, “Dari mata turun ke hati”.
Mata ni umpama jendela atau tumpuan
kecantikan. Most of lelaki pun akan tertarik dengan wanita yang mempunyai mata
yang menarik, yang bundar, yang menggoda gituu. Tapi takleh tenung lama-lama.
Dosa nanti!
For me, penggunaan maskara yang
betul adalah kunci kepada penampilan yang menarik. Sebagai contoh, kalau jenis
bulu mata yang halus-halus tu, bahagian lain dah siap make-up dah tapi lupa nak
pakai maskara, dah mata nampak macam tak bermaya. Lagi pulak maskara ni umpama
highlight untuk mata kita.
Maskara
jugak dapat membantu dalam menampakkan bulu mata kita yang halus or pendek ni
nampak gelap, panjang dan tebal. Hanya dengan menggunakan maskara yang betul
laa jugak kan. Kalau kita ni jenis tak reti or tak suka pakai eyeshadow (macam
Zety lah tu :P) hanya pakai maskara je dah mampu menonjolkan wajah kita.
Cewahhh~ Yang penting teknik kena betuii naa :)
Tapi ramai yang taktahuu langkah yang
betul menggunakan maskara adalah korang jangan apply terlalu banyak. Ini nak
mengelakkan terlalu banyak gumpalan maskara yang akan membuatkan make-up korang
nampak sarat plus comot. Dah jadik macam panda plak nanti! Kuikui~ So, apa yang
korang boleh buat untuk elakkan such things happen, kenalah selalu try apply
maskara dengan cara yang betul.
Next, proses untuk beli or pilih
maskara yang betul kadang-kadang memang leceh. Yelah, dekat iklan tunjuk
maskara yang memanjangkan, ada pulak yang jual kat kedai yang menebalkan, kawan
punya pulak melebatkan dan macam-macam lagi, so korang nak kena pilih maskara
yang jenis macam mana ni? Haaaa~
- Bagi Zety, kalau nak pilih maskara yang betul untuk jadik one of my collection is kena tahuu dan confirmkan betul-betul jenis maskara apa yang kita nak. Pilih maskara tu dengan formula yang betul. Kalau nak yang memanjangkan bulu mata, amek yang jenis untuk panjangkan bulu mata. Tapi kalau tengok sekarang dah banyak dah maskara yang ada double function or full package. Ada jenis maskara yang khas untuk memanjangkan dan menambah volume bulu mata. So, make a wise choice guys!
- Untuk memastikan maskara yang dipakai tu tahan lama, kena lah pilih maskara yang jenis kalis air. Kalau nak solat pun takde masalah sebab dalam beg memang dah ada make-up removal & pencuci muka. So, not a problem for me. Maskara kalis air ni tahan untuk jangka masa yang lama so memang berbaloi-baloi lah sebab tak payah nak apply banyak kali. Yuhuu ~ Jangan jadik macam gambar atas ni sudehh :P
- Dalam kemajuan fesyen sekarang ni, maskara pun dah ada banyak pilihan warna dah. Pilihan warna yang sesuai pun salah satu teknik make-up yang betul. Warna hitam akan menampakkan mata kita lebih menyerlah dan ofkos bulu mata kita nampak lebih lebat uolss. Warna yang sesuai akan menonjolkan lagi mata tapi jangan terlajak tonjol pulak nanti lain macam jadinya. Hehe.
Kat sini Zety nak habaq kat korang
yang ZALORA Malaysia ada menawarkan koleksi Women Mascara Online daripada
pelbagai jenama terkenal dan terbaik SAHAJA. Diulangi jenama yang terkenal
& terbaik SAHAJA. Jenama-jenama yang ada kat ZALORA ni adalah daripada jenama antarabangsa dan tempatan yang
membariskan barisan produk mascara wanita dengan kualiti yang terbaik dan
kedebaboom. Untuk dapatkan lebih banyak informasi apa kata korang layari
website ZALORA hari ini! So, tunggu apa lagi? Moh kiteee!
Yahooo!
Comments