Pelamin Idaman Murah TAPI Cantik
Assalamualaikum,
Sibuk dan busy adalah dua perkataan sama maksud yang sedang Zety alami sekarang. Since students baru masuk mendaftar ni, a bit busy lah sikit. Tapi tetap nak kongsi dengan korang pengalaman Zety nak mencari pakej pelamin untuk majlis yang coming soon nanti.
Well, for Zety, pelamin haruslah simple yet sedap mata memandang since nanti Zety yang akan duduk kat pelamin tu nanti kan & plus Zety jugaklah yang membayor nye. Hee. Ada jugak cari & survey dekat internet pakej pelamin yang dekat dengan area rumah so that senang nak pi tengok.
Akhirnya lepas dah survey semua pakej-pakej by online Zety jumpa satu butik yang Zety berkenan. Weekend je terus pegi butik tu since dekat dengan rumah and ask for the pakej. And yes, pakej yang ditawarkan sangat worth it. So apalagi kan, terus book :) Settle satu hal.
Hal-hal yang lain masih banyak yang belum setel. Takpee, selow-selow, insya Allah dipermudahkan. Haa, lagi satu nak kongsi dengan korang, for those yang situasi sama macam Zety ni, korang kena betul-betul buat research, jangan main terjah je, dan carik yang ada promosi sebab memang boleh jimatkan kos sangat-sangat.
Jangan lambat sangat dan jangan cepat sangat. Agak-agak lagi 4 or 3 bulan sebelum tu dah boleh cari dah. Untuk review butik yang Zety pilih ni kena la tunggu review selepas majlis kan baru korang boleh tengok ummphh ke tak. Hihi.
Jom tengok antara pelamin impian ku inspirasi ku kihkihkih..
Yang ini suka tang kerusi tuuu..
Simple dan soft sangat kaler yang ni..sejuk rasa hihi
Suka hat bunga bentuk love kat belakang tu hihi
Sweetnyeeeee >.<
Garden theme :D
*All pictures from Google*
Adoii..melting tengok gambar-gambar pelamin yang ada kat Google. Kalau rezeki datang bergolek alangkah indah dan gembiranya hati ini. Cewahh. Tapi takpee, even kita takda bajet yang besar kita still boleh dapatkan pelamin impian kita. Yang penting kena rajin survey!
Apa-apa pun, lepasni nak survey untuk goodies bag pulak. Nantikan next entri okay? Hehe. Btw, thanks for reading guys! Diari seorang bakal pengantin :P
Tata!
Comments