ASSALAMUALAIKUM
Maaf dengan penggunaan kata ganti diri - AKU bagi mereka yang lebih tua.

Wednesday, August 27, 2014

ZALORA dan aku.


Salam sejahtera ke atas kamu semua,

Di hari Rabu yang indah ni saja nak soksek sikit dengan korang. Isnin lepas saja usha-usha website ZALORA. Yelah, kan ada promosi maskara lani. Tapi bukan nak cerita pasal beli maskara ke lipstick ke. Macam yang hangpa sume tahu la kan, ZALORA ni antara Asia's leading online fashion destination katanya. Alah, yang iklan pasal adik kakak abang makcik apa sume tu.

So, nak kongsi dengan korang pengalaman shopping dekat ZALORA ni. First time okay! Yelah, sebab banyak sangat dengar cerita yang tak elok je pasal ZALORA ni hati ada sikit risau lah kan. Alkisahnya terkenan dekat sepasang kasut yang ada kat website ZALORA tuu. Harga pun okay je so terus click add to bag. Hehe. Lepastu terus cepat-cepat checkout. Total is blablabla.

Isi detail untuk delivery apa sume and done! Kejadian shopping ini terjadi pada Isnin lepas. Lepastuu terus lah jalani kehidupan seperti gadis normal. Tup-tup esok which mean Selasa dah sampai okay! Menggelupur pegi amek parcel dengan perasaan bahagia menyelubungi diriku :P

Kira takde lah lama mana nak tunggu. Ke nasib baik je? Hihi. Tapi pengalaman pertama dah buat hati happy mesti rasa nak shopping lagi kan. Siap dapat voucher sebab first time register nama kat ZALORA dan voucher sebab shopping lagi! It's a double WOW :D

Meh nak tunjuk kasut yang terbekenan tu hikhik.





Moustache Loafer for office wear pun boleh hehe. So far, memang servis terbaik, and ada letter for return if ada apa-apa yang nak ditukar. Lengkap dan the loafer is soooooo cute! Me like it :) Maybee pada awal-awal dulu je ZALORA have some problem but I bet they already improved it and serve the customer in more better way.

Thank you ZALORA for this great experience!







Like dan komen lah kalau suka :)

Saturday, August 23, 2014

Penggunaan Mascara untuk Mata Yang Galak


Salam & good day uolls,



Harini Zety nak share dengan korang bab-bab kecantikan. As for make-up, bahagian mana yang korang prefer untuk tonjolkan. I mean, bahagian mana yang korang lagi titik beratkan kalau nak keluar or jumpa orang? Macam Zety, Zety more to make-up mata. Yelah, bak kata orang zaman dulu dan zaman sekarang ni, “Dari mata turun ke hati”.

Mata ni umpama jendela atau tumpuan kecantikan. Most of lelaki pun akan tertarik dengan wanita yang mempunyai mata yang menarik, yang bundar, yang menggoda gituu. Tapi takleh tenung lama-lama. Dosa nanti!

For me, penggunaan maskara yang betul adalah kunci kepada penampilan yang menarik. Sebagai contoh, kalau jenis bulu mata yang halus-halus tu, bahagian lain dah siap make-up dah tapi lupa nak pakai maskara, dah mata nampak macam tak bermaya. Lagi pulak maskara ni umpama highlight untuk mata kita. 


Maskara jugak dapat membantu dalam menampakkan bulu mata kita yang halus or pendek ni nampak gelap, panjang dan tebal. Hanya dengan menggunakan maskara yang betul laa jugak kan. Kalau kita ni jenis tak reti or tak suka pakai eyeshadow (macam Zety lah tu :P) hanya pakai maskara je dah mampu menonjolkan wajah kita. Cewahhh~ Yang penting teknik kena betuii naa :) 
  

Tapi ramai yang taktahuu langkah yang betul menggunakan maskara adalah korang jangan apply terlalu banyak. Ini nak mengelakkan terlalu banyak gumpalan maskara yang akan membuatkan make-up korang nampak sarat plus comot. Dah jadik macam panda plak nanti! Kuikui~ So, apa yang korang boleh buat untuk elakkan such things happen, kenalah selalu try apply maskara dengan cara yang betul.

Next, proses untuk beli or pilih maskara yang betul kadang-kadang memang leceh. Yelah, dekat iklan tunjuk maskara yang memanjangkan, ada pulak yang jual kat kedai yang menebalkan, kawan punya pulak melebatkan dan macam-macam lagi, so korang nak kena pilih maskara yang jenis macam mana ni? Haaaa~
  •  Bagi Zety, kalau nak pilih maskara yang betul untuk jadik one of my collection is kena tahuu dan confirmkan betul-betul jenis maskara apa yang kita nak. Pilih maskara tu dengan formula yang betul. Kalau nak yang memanjangkan bulu mata, amek yang jenis untuk panjangkan bulu mata. Tapi kalau tengok sekarang dah banyak dah maskara yang ada double function or full package. Ada jenis maskara yang khas untuk memanjangkan dan menambah volume bulu mata. So, make a wise choice guys!


  • Untuk memastikan maskara yang dipakai tu tahan lama, kena lah pilih maskara yang jenis kalis air. Kalau nak solat pun takde masalah sebab dalam beg memang dah ada make-up removal & pencuci muka. So, not a problem for me. Maskara kalis air ni tahan untuk jangka masa yang lama so memang berbaloi-baloi lah sebab tak payah nak apply banyak kali. Yuhuu ~ Jangan jadik macam gambar atas ni sudehh :P

  • Dalam kemajuan fesyen sekarang ni, maskara pun dah ada banyak pilihan warna dah. Pilihan warna yang sesuai pun salah satu teknik make-up yang betul. Warna hitam akan menampakkan mata kita lebih menyerlah dan ofkos bulu mata kita nampak lebih lebat uolss. Warna yang sesuai akan menonjolkan lagi mata tapi jangan terlajak tonjol pulak nanti lain macam jadinya. Hehe.


Kat sini Zety nak habaq kat korang yang ZALORA Malaysia ada menawarkan koleksi Women Mascara Online daripada pelbagai jenama terkenal dan terbaik SAHAJA. Diulangi jenama yang terkenal & terbaik SAHAJA. Jenama-jenama yang ada kat ZALORA ni adalah  daripada jenama antarabangsa dan tempatan yang membariskan barisan produk mascara wanita dengan kualiti yang terbaik dan kedebaboom. Untuk dapatkan lebih banyak informasi apa kata korang layari website ZALORA hari ini! So, tunggu apa lagi? Moh kiteee!

Yahooo!





Like dan komen lah kalau suka :)

Thursday, August 14, 2014

The Cave, JB


Salam everyone,

Welcome August! Walaupun dah masuk minggu kedua Ogos, still nak wish jugak sebab Ogos is one of important month for me. Thus, last week sempat menjengahkan diri ke Johor Bahru. Alasan paling cliche adalah nak pegi beraya rumah orang. Padahal niat nak jumpa Encik Tunang. Hehe. Tak boleh ke?


Aktiviti selama 2 hari di JB tak perlu diceritakan secara details kot kan. Cukuplah aku nak share dekat korang tempat makan yang aku baru cuba minggu lepas. Nama tempat ni The Cave. Terletak dekat je dengan Restoran The Malay Village dan one steamboat place ni. The Cave ni dekat tepi jalan je so kalau korang yang baru first time nak try tu memang kena tengok betul-betul.


Well, tempat dia memang agak cantik & UNIK. Sebab apa unik? Tengok nama pun dah boleh agak tempat ni macam mana kan? Memang ala-ala makan dalam gua giteww. Bestlah kalau nak buat candle lite dinner ke, birthday celebration ke, nak lunch or dinner macam biasa pun boleh je :)




Makanan dia pulak, nampak macam small portion je tapi bila makan memang kenyang dan full lah perut tu. On that day, Iols pegi time lunch & order Aglio Olio Spaghetti while my fiance order Grilled Chicken. The price boleh tahan la. Sesuai dengan tempatlah bak kata encik tunang. Hehe.



Tentang servis pulak, so far okay je cuma makanan lambat sampai. Yang lain tu okay je, tempat memang cozy, staff pun okay, siap tolong ambikkan gambar iols berdua lagi hehe. Maybe next time boleh datang lagi :)

Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut lagi, boleh la tengok-tengok fb The Cave kat bawah ni :

Facebook : The Cave

Next time, iols share lagi tempat makan best-best yang iols pegi okay? Thanks for reading! :)







Like dan komen lah kalau suka :)

Tuesday, August 5, 2014

Alkisah Lebaran 2014


Salam lebaran buat semua pembaca setia belogku ini,

Rasanya masih panas lagi kan kalau nak update cerita pasal raya 2014. Apakah cerita raya kali ni? Cerita kali ni adalah tahun ini punya raya adalah raya terakhir sebagai dara pujaan. Kihkih :P

As for next year punya raya am gonna be a mummy eh a wifey :) Doakan yang baik-baik eh? Iols pun nak jugak merasa kena iron baju suami malam raya, 'ojus' nak balik kampung sapa untuk raya pertama dan sebagainya. Bagi lah can sikit :P

Okay, cerita raya tahun ni, tahun 2014 adalah sederhana saja dari segala benda. Well, untuk tahun ni rumah baru abah dah siap so beraya di rumah baru ler kite. Rumah baru pulak dekat aje dengan rumah opah dan makcik-makcik sedara so memang kenyang la makan open house umah depa. Raya tahun ni mama decide untuk menggunapakaikan tema Royal Blue. Dan bila duk scroll Instagram, ramai rupanya yang bertemakan Royal Blue raya tahun ni antaranya Aron Ajis & family, Zizang dan Imah, Tun M, dan ramai lagi lah. So, dah macam Raya Theme of The Year pulak :P


Wajah seorang yang bakal menamatkan zaman bujang :P InsyaAllah. Alkisah baju raya ni adalah dibeli pada sehari sebelum raya. Beli dekat pasar pagi je haaa. Kau ada? Motip tahun ni adalah malas bebenau nak keluar survey baju raya. Ada jugak survey tapi takdak yang berkenan. Last-last sehari sebelum raya teman mama keluar beli barang tengok warna macam sesuai je dengan tema terus grab. Malas nak pikir dah. Yang penting baju raya pertama kena sama dengan family hehe. 


Walaupun baju beli kat pasar je haruslah nampak vogue okay. Kihkih. Haruslah menepati tema dan kehendak jiwa. Bosan dah asyik pakai baju kurung aje. Hari-hari pi ofis pakai baju kurung. Sekali sekala kenalah tukar selera pulak.

Keluarga ROYAL Blue hehe



Haa, gambar kat bawah ni dah masuk raya yang kedua dah. Baju adalah recycle dari baju kawen Saallaluna. Takda masa nak carik baju dan malas nak membazir giteww. Tudung je beli kat pasar malam.



Yang bawah ni pulak dah raya kelima & keenam. Raya ketujuh dah kena balik Kuantan dah. So far, raya kalini still lagi macam raya sebelum-sebelum ni. Melawat rumah kawan-kawan. 



   
Alkisah sekian sahaja cerita raya 2014 daripada saya. Cerita korang pulak macam mana?

Thanks for reading :D


Like dan komen lah kalau suka :)