Tips Menyewa Barang di Internet


Assalamualaikum semua pembaca yang budiman (ayat mesti mau manisss :P),

Ni meh nak share pengalaman sikit plus nak bagi some tips berdasarkan pengalaman iols dekat korang. Sewa menyewa ni tak sama dengan beli membeli ye tuan puan sekalian. 

Shopping online is totally different dengan renting online. Sebab apa? Sebab shopping online ni once kau dah bayar, then baru korang dapat barang (normal procedure lah). Then settle. Tapi kalau renting online ni, kau ada kena bayar security deposit sikit. So harga tu akan up sikit dari harga sewaan. 

*sumber Google*

As example, nak sewa barang kawen macam dulang hantaran. Harga yang ditawarkan untuk sewaan adalah RM16 per pcs (contoh je). Pastu korang nak sewa 6 bijik dulang tu. 

                      Harga sewaan - RM16 x 6 = RM96
                      Security deposit - RM50 
                      Total - RM126

Haa, camtu laa pengiraan dia. Security depo ni as duit jaminan laa kot-kot orang yang sewa tu tak pulang balik barang yang disewa ke, pulangkan dalam keadaan yang tak seperti sebelumnya ke, hilang ke, buruk ke. Camtu laa. TAPI, korang jangan risau sebab biasanya duit security deposit ni penyewa akan pulangkan balik if barang yang dipulangkan dalam keadaan baik, cukup jumlah dan sampai dengan selamat ke tangan penyewa.

So, tips-tips yang boleh korang amalkan kalau nak sewa menyewa  ni antaranya :

1. Cari dan listkan penyewa-penyewa yang berpotensi atau yang menawarkan harga yang bersesuaian/berpatutan (jangan malas).

2. Baca review or testimonial (betul ke perkataan ni?) pelanggan yang dah pernah menyewa dengan si penyewa.

3. Kalau boleh cari penyewa yang tunjukkan gambar barang di dalam belog, sekaligus di dalam Whatsapp or Wechat or anything. Means, dia memang betul-betul ada/memiliki barang tu :)

4. Tengok kesesuaian harga sewaan barang tu dengan security deposit dia. Jangan lah barang sewa harga RM10, security deposit kemain lagi RM50.

5. Pastikan maklumat si penyewa lengkap dan ada gambar si penyewa tu. (in case kalau si penyewa tak balas pertanyaan kita kalau dah bayar ke kan)

6. Bila dah sewa, dan dah dapat barang, guna elok-elok, jaga elok-elok. Lepastu hantar balik dekat tuan dia cara macam mana korang dapat barang tu. Sesetengah penyewa akan bayar balik kos penghantaran. Depends kat penyewa lah. Dapat yang okay, okay lerrr :D

7. Then, maklumkan kat penyewa yang korang dah hantar/pulang balik barang sewaan tu. Kat sini penyewa kena ambil maklum lah untuk pulang balik security deposit tu. Kalau penyewa tak pulangkan. Korang bleh refer No.5 untuk tindakan selanjutnya.

8. Tips ni boleh jugak digunakan si penyewa barang kalau nak sewakan barang :)

9. Kalau barang yang kecil, yang boleh lagi dipos, memang penyewa & orang yang nak sewa akan tanggung risiko masing-masing sebab nak taknak kena tunggu barang sampai. Kalau yang jenis COD tu senang sikit sebab deal depan-depan kan, bayar pun depan-depan lah :)

10. Apa-apa pun keselamatan diri kena utamakan kalau sesiapa yang guna COD tu. Kalau nak amek barang biar berteman ye.

Sekian, tu jelah tips yang boleh aku kongsikan untuk korang. Setakat ni pengalaman menyewa aku berjalan lancar. 2 kali aku menyewa veil dengan sorang akak ni. Mudah dan cepat je urusan. Alhamdulillah. Harap-harap korang pun jumpa dengan penyewa yang okay dan takda masalah.

Lastly, thank you for reading! Jumpaaa korang next entri :D


Comments

Aisyah said…
Woi woi hahaha. saja nak tunjuk muka. hahaha.

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

6 Kelebihan 'Single Mingle'

Me & Braces