Everything happen for a reason


Assalamualaikum,

Dah lama menyepikan diri dan yes, entri kali ni adalah entri pembukaan untuk tahun ini. Huhu. Start my entry with sad story pun boleh kan? :') Entri ni cuma nak berkongsi pengalaman pertama dan harapnya yang terakhir untuk aku.

16 Ogos 2015
Tarikh yang takkan aku lupa sampai bila-bila. Tarikh yang menguji tahap redhanya aku. Kuatnya aku. Hari ditakdirkan my little angel yang aku kandung tidak dapat bertahan (senyum). Semuanya bermula lepas check dekat Klinik Siti di Indahpura. Seminggu sebelum tu dah rasa tak sedap hati dah pun. Masuk je kereta lepas check dengan doktor & doktor terangkan dan mintak untuk further dengan GH aku terus terdiam. Takda perasaan. Taktahu nak nangis ke nak apa. Sorang-sorang datang klinik. Sorang-sorang drive. Aku dah mula blur. Dalam kereta call husband, bila dgr je suara dia terus air mata jatuh mencurah-curah :'(

Husband terus balik lepas on call dengar berita sedih tu. Paling sedih bila tengok muka dia. Tak dpt nak gambarkan perasaan tu. Tapi dia lah yang paling banyak tenangkan aku. Semua yang berlaku ni ada sebab, ada hikmahnya.

20 Ogos 2015
Appointment dengan GH untuk confirmation pasal baby. Yes, finally it is confirmed. Doktor suruh masuk wad secepatnya utk cuci. Kalau boleh haritu jugak tapi aku tak bersedia lagi. So balik rumah dulu dan bersedih huhu. Masa on the way nak balik ni aku macam emosi gila sampai husband kena berhenti dekat tepi jalan nak tenangkan aku. T.T (thank you husband sebab sangat-sangat memahami)

23 Ogos 2015
Hari ni lah pengalaman masuk wad yang pertama kalinya. Semuanya dah tertulis maka aku redha dan berserah semua kepadaNya. Lepas daftar apa semua terus rilek-rilek dekat katil. Husband temankan sambil borak-borak buat lupa sedih. Tengok sekeliling mcm-mcm orang ada. Semua ada cerita masing-masing. Tunggu punya tunggu doktor cakap esok baru boleh cuci sebab harini full. So tido lah hospital 1 malam.

  


 24 Ogos 2015
Since harini doktor expect utk masuk OT dan cuci. Aku start puasa dari malam semalam sampai la pagi ni. Dalam pukul 10am mcm tu kot baru aku kena tolak masuk OT. Perasaan sejuk dan sedih. Takut tu mesti ada. Dengan wayar sana-sini. Tak pernah-pernah duduk hospital amek terus jalan-jalan sampai bilik OT. huhu. Husband tengok muka sedih je. Tak pasti berapa lama dalam OT tu terus naik wad balik. Yang pasti perut lapar dan kaki takboleh gerak sebabkan bius separuh badan. Naik je wad benda pertama dalam kepala adalah bila boleh makan huhu sebab memang lapar sangat. Nasib baik husband masakkan bubur ayam sebab makanan kat hospital memang lah tak sedap. huhu. Perasaan masa cuci tu rasa bercampur baur sebab bius separuh je so memang boleh tengok dorang tengah buat apa. Taknak cerita lah. Sedih :(  

 

Ini adalah muka buat-buat happy. Masa ni tengah tunggu turn nak masuk OT. Borak-borak dengan husband and main fon tu jelah kejanya.

 
Ini lah makanan hospital yang sangatlah tawar habau. Huhu. I is redha. Husband yang makan kot separuh. Kebanyakannya beli makanan kat cafe hospital je. Sedap sikit.
  
My precious husband. Thank you for always be there for me. Kesian dia terkejar-kejar dari tempat kerja lepastu nak teman kat wad ni lagi. Belikan makanan, masakkan. Sangat terharu, dan hargai apa yang awak buat. Yang paling sedih. 22hb birthday dia, 23hb dah masuk wad :( Hadiah harijadi paling tak best kan awak. Sorry ye takda rezeki kita lagi.

Lepas je dah setel proses check menge-check lepas cuci tu, ingatkan boleh la balik terus petang tu sekali nurse cakap balik esok. Fehhh, tido lagi semalam kat sepital weh. Sabar jelah. Huu. Pengalaman 3 hari 2 malam di hospital adalah sangat tak best sebab sunyi dan makanan tak sedap. Bab malam time tido tu, aku tido nyenyak je sebab sejuk dan mendamaikan hihi. Nurse-nurse dan doktor semua baik-baik :) Thank you for your service ye walaupun naik biru lengan sebab asyik kena amek darah je sobs :')

Itulah dia rentetan kisah kehilangan anak syurga kami. Mungkin macam doktor pernah cakap, Allah takkan bagi sesuatu yang tak elok untuk kita, dia akan bagi sesuatu tu pada masa yang sesuai dan dalam keadaan sempurna. Insya'Allah. Aku semakin redha dan tabah untuk terima kehilangan tu.

Semoga masih ada rezeki lain untuk kita semua :)

Thank you for reading!
 

Comments

amira faqihah said…
semoga kuat kak,,ada sorg dah menanti akk dekat syurga sana :)
Cik Zety said…
Thank you dik :') InsyaAllah@amira faqihah
Diya Hanun said…
Ya Allah, sedihnya :'( semoga kuat.. Allah dah sediakan sesuatu yg lebih menggembirakan disebalik sesuatu ujian, Inshallah bersabar ya :')
Unknown said…
Ya Allah siannya zety. Sabar ye. Mungkin ada hikmah sebalik semua yang jadi ni. Allah takkan menguji sesuatu yang diluar kemampuan hambaNya.
Cik Zety said…
Masa awal2 mmg sedih sgt2..tp alhamdulillah skrg dah boleh terima hakikat :) terima kasih ya@Diya Hanun
Cik Zety said…
Insya'Allah ada hikmahnya..terima kasih :) @Ismaliza Yahya
saallalunaaa said…
dtg plak jmpe kite kt kuantan.kte lak rase bersaloh

Popular posts from this blog

Kalau putus tunang ada ke yang sambung balik ?

Me & Braces

6 Kelebihan 'Single Mingle'