Me & Braces



Assalamualaikum!

Harini nak share sikit about me myself. Yang memang masih sangat baru lah kan. Currently, now I am waiting for my braces to be done. Nak tahu what is the step to apply braces? Ok let me share it from my own experience.

SURVEY. First, korang kena survey dulu which klinik yang provide servis untuk braces ni yang murah area tempat korang tu. As for me, duduk dekat Skudai dan selalu sangat baca komen positif & promosi kat one of this klinik ni so memang decide nak buat kat situ je. ADDA DENTAL. Bagi korang yang duduk area Skudai, Kempas dan kawasan sekitarnya yang cari klinik gigi yang servisnya afforadable boleh try klinik ni. Recommended sangat!

APPOINTMENT. Lepas dah survey apa semua. Dah boleh lah buat appointment untuk doctor check dulu condition gigi korang macam mana. Nanti doctor akan tanya kenapa nak buat and dia akan explain briefly tentang proses, kos dan benda-benda yang berkaitan. Doktor my klinik tu memang sangat lah lembut and soft spoken je. Buat kita rasa selesa dan tak la takut sangat. Lepas doctor dah check dia akan bagi total cost dan akan buat next appointment untuk step lain pulak.

X-RAY. Masa 1st appointment tu dah kena buat xray & tangkap gambar bagai. So untuk buat braces ni, kos x-ray adalah berbeza. Means, kos x-ray bayar terus lepastu. And untuk 1st appointment ni jugak dah kena bayar deposit siap-siap. Nanti kat bawah ada pecahan untuk bayaran nya.

SCALING & POLISHING. Next appointment is scaling & polishing my teeth. Kalau ikutkan untuk 2nd appointment ni kena check gigi ada lubang ke, or ada gigi yang kena cabut ke. But lucky me, takda gigi yang kena tampal or cabut, so doctor just cuci and polish. Dah siap cuci polish semua, terus dia buat mold. Mold ni untuk buat acuan rasanya. Lepas dah siap buat mold, dia akan pasangkan separator kat gigi geraham pertama atas dan bawah. Separator ni untuk bagi space kat gigi kita so nanti dia boleh hold bracket kat gigi. Total separator adalah 8 ketul. Nak dijadikan cerita, lepas je pakai separator tu, pegi lah makan, lepastu tertanggal satu separator tu HAHA. Adoi, baru je pakai tadi dah pun tertanggal. Macam mana nak pakai dalam masa seminggu ni? Nasib baik klinik dekat aje so pegi la klinik pasang semula. So, stage sekarang ni adalah tunggu next appointment untuk pasang braces pulak.

Harap semoga kuat lah tahan sebab pakai separator ni pun dah kena start jaga makan. Tak boleh makan benda yang keras sangat. Huhuhu. Dan separator ni a bit tak selesa lah rasa macam ada benda terselit kat celah gigi geraham. Nak kunyah memang jenuh sikit lah. Nantikan part II untuk step seterusnya ya!

Thank you sudi baca J

Comments