Assalamualaikum, Berholiday-holiday jugak, update entri jangan dilupa. Hehe. Entri kali ni masih panas seperti pisang goreng panas sebab baru je berlaku semalam & kelmarin. Cewahh. Macam yang Zety tulis di entri lepas , Jumaat baru-baru ni, maka bertolak lah Zety dan rakan satu opis ke Port Dickson untuk menghadirkan diri ini ke kursus yang dinamakan "Seminar Penggayaan Setiausaha & Pembantu Tadbir kali ke-3" yang bertempat di Selesa Beach Resort yoalls~ Alkisahnya pulak, pada hari kejadian kena pergi ke KL dulu sebab ada nak kena amek dokumen dekat Wisma MCA. Hewhew. Maka berangkat lah kami ke KL seawal paginya~ Sampai di KL, ada pulak hamba Allah yang baik hati, telah mem-belanja kami berdua ini makan lunch yoalls, di NZ Curry House, terbaiklah! Thank youu Kak Miza :) Okay, dah setel urusan kat KL maka terus laa menuju ke destinasinya iaitu Port Dickson. Around jam 3.00 petang kami sampai di Selesa Beach Resort, terus daftar nama &...